PEST

OBJEKTIF
Untuk memberikan pemahaman ringkas tentang kepentingan beberapa mahkluk  perosak iringan seperti pinjal, lebah dan penyegat dari segi perubatan dan ekonomi, biologi makhluk ini dan kedah-kaedah mengawalnya menerusi pengurusan makhluk perosak bersepadu.
I.       LEBAH DAN PENYENGAT
PENGENALAN
1.      Lebah dan penyegat merupakan makhluk perosak iringan dalam persekitaran manusia.

2.      Terdapat beberapa spesies lebah dan penyegat yang biasa di temui di sekitar di rumah-rumah dan bangunan-bangunan diMalaysia

3.      Secara am, serangga-serangga ini bukanlah merupakan suatu ancaman kepada manusia, dan sebenarnya memeberi manfaat. Walau bagaimanapun, sengatan serangga-serangga ini selalunya menyakitkan, dan individu yang sensitive mungkin mengalami alahan yang teruk.

BIOLOGI LEBAH DAN PENYENGAT
1.      Lebah biasanya mempunyai badan yang berbulu, tetapi tidak pada penyengat. Penyengat mempunyai badan yang licin.

2.      Seperti semut dan anai-anai, mereka merupakan serangga social yang hidup dalam koloni-koloni yang terdiri daripada beratus-ratus atau beribu-ribu individu. Setiap koloni biasanya mempunyai satu hingga beberapa permaisuri dan  mempunyai banyak pekerja dan kesemuanya adalah betina.

SPESIES BIASA DI MALAYSIA
Lebah, ( Apis spp). Terdapat beberapa jenis lebah di Malaysia, termasuklah lebah madu, tawon dan lebah tukang kayu yang menarik minat industri kawalan serangga makhluk perosak.

1.      Secara umum, lebah madu hidup dalam koloni-koloni yang besar dengan 20,000-80,000 ahli. Lebah madu adalah serangga yang bermanfaat kerana peranannya sebagai pendebunga.
2.      Terdapat tiga jenis individu dalam setiap koloni: permaisuri (betina subur) , pekerja (betina mandul) dan lebah jantan. Hanya satu pemaisuri wujud dalam setiap sarang dan yang lain-lainnya adalah pekerja yang mencari makanan, menjaga sarang dan memberi makan di peringkat belum matangdan melindungi sarang. Lebah jantan bersaiz besar dan berdegung kuat, tetapi fungsinya adalah untuk mengawan dengan pemaisuri-pemaisuri perawan,yang setelah itu dibenarkan kembali semula ke sarang.

3.      Lebah tawon dan tukang kayu merupakan serangga yang lebih besar, badan berwarna hitam dan mempunyai tompok-tompok bulu berwarna kuning.

Penyengat paying, (polistes spp). Penyengat ini membina sarang berbentuk payung pada cukur atap rumah. Sarangnya kelihatan seperti payung dengan tangkai melekat pada subtract yang merupai batang payung.

Penyengat jaket kuning, (vepula spp). Penyengat ini berukuran lebih kurang 2 mm panjang dengan corak kuning-hitam atau kadang-kadang berbelang putih-hitam pada abdomennya. Spesies yang berbelang putih-hitam dan biasanya membina sarang besar di atas tanah, selalunya dipangil tebuan, tetapi sebenarnya mereka ialah penyengat jaket kuning. 

Tebuan, (Vespa affinis dan Vespa tropica). Serangga ini berukuran besar dan agresif dan koloni-koloni biasanya terdiri daripada beratus-ratus pekerja.

Sarang-sarang mungkin dibina dalam ruang yang berongga, termasuk pokok dan dinding bangunan, dan sarang juga mungkin dibina di dalam tanah. Sarang-sarang tebuan biasanya ditutup dengan kertas tebal yang dibuat daripada kepingan kulit kayu dan tumbuhan.

Tebuan dibezakan dengan penyengat jaket kuning melalui saiznya yang besar dan warna coklat gelap. Permulaan koloni oleh permaisuri dan pembinaan sarang adalah sama dengan penyengat jaket kuning.

STRATEGI KAWALAN
Konoli-koloni serangga social ini boleh dikawal dengan menyembur sarangnya dengan racun serangga cecair atau aerosol secara terus, atau dengan menggunakan umpan.

Pengunaan cecair racun serangga secara terus ke atas sarang sebaik-baiknya dilakukan pada waktu malam apabila sebahagian besar pekerja berada di dalam sarang.

Pakaian perlindungan seharusnya di pakai apabila  berurusan dengan serangga yang menyengat ini, dan penggunaan racun serangga yang mempunyai kesan pantas akan menghadkan bahaya sengatan.

Sarang mungkin boleh dilitup dengan plastic dan kemudian aerosol boleh disemburkan pada sarang yang telah dibungkus itu. Bagi memusnahkan sarang, ia harus dibakar untuk memastikan tiada yang terselamat.

 II.    PINJAL

PENGENALAN
1.      Terdapat lebih daripada 3,000 spesies pinjal di dunia

2.      Hanya sedozen yang mempunyai kepentingan perubatan dan veterinary

BIOLOGI PINJAL

1.      Pinajl merupakan serangga kecil (1-4 mm panjang) yang tidak bersayap.

2.      Yang dewasa menghisap darah burung dan mamalia

3.      bentuk badannya leper ke sisi (secara lateral), lazimnay berwarna perang dan boleh melompat.

4.      Banyak spesies pinjal adalah spesifik perumah iaitu ia hanya dijumpai pada haiwan tertentu dan pinjal akan berpindah ke perumah lain jika perlu.

5.      Pinjal betina adalah lebih besar daripada pinjal jantan dan mampu menginges lebih banyak darah.

6.      Kitar hidup pinjal terdiri daripada empat peringkat: telur, larva, pupa, dan dewasa (rajah 1).

7.      Telur pinjal kelihatan putih berkilauan dan dikeluarkan di celah-celah bulu perumah atau di dalam sarang.

8.      Larva merupakan cacing tidak berkaki yang panjangnay 4 – 10 mm dan mempunyai bahagian mulut untuk menguyah.

9.      Terdapat tiga peringkat larva, dan pada peringkat akhir larva akan membiana kokun mengunakan cebisan-cebisan serpihan organic dan menjadi pupa.

10. Pinjal dewasa kemudianya akan muncul dalam masa 1-2 minggu. Keseluruhan kitar hidup boleh mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan, tetapi selalunya 2 – 3 minggu.

11. Seekor pinjal  yang tidak memberi makan boleh hidup satu tahun, manakala seekor pinjal yang diberi makan sehingga 5 tahun.

12. Pinjal lebih suka tinggal di tempat yang gelap dan ia elak cahaya.

13. ia biasanya di jumpai di celah-celah rambut dan bulu haiwan, katil dan pakaian manusia

14. Pinjal boleh menhisap darah beberapa kali dalam sehari.

MENGAPA PINJAL DIANGGAP MAKHLUK PEROSAK YANG PENTING?

1.      Sebagai pengangu: Gigitan pinjal merupakan satu ganguan yang utama kepada manusia. Gigitanya sangat merengsakan, menyebabkan seseorang berasa sungguh tidak selesa.

2.      Sebagai vector wabak: Pinjal ialah pembawa wabak di Negara-negara Afrika, Asia dan Eropah. Namun wabak telah dibasmi di Malaysia sejak 1928

3.      Tifus bawaan pinjal: Dikenali juga dengan demam tifus murin. Penyakit ini dijangkitkan oleh pinjal tikus dan pinjal kucing. Penyakit ini berlaku di seluruh duniaterutamanya di kawasan dimana manusia dan tikus mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain.

4.      Penyakit-penyakit lain: Pinjal juga diketahui dapat dijangkitkan suatu penyakit yang dikenali sebagai tularaemia kepada manusia  dan haiwan. Ia juga menjadi vector bagi cacing pita parasit dalam anjing dan kucing.

PINJAL-PINJAL YANG BIASA DI MALAYSIA
1.      Daripada sejumlah besar pinjal yang terdapat di Malaysia, hanya beberapa jenis yang ada kene mengena dengan kita kerana perkaitan rapatnya dengan manusia (jadual 1)

2.      Dari segi perubatan, pinjal di Malaysia adalah tidak penting tetapi ia merupakan ganguan yang besar kepada manusia dan haiwan.

Spesies
Nama biasa
Perumah
Catatan
  1.Xenopsylla  cheopis
Pinjal tikus
Roden
Jarang di jumpai hari ini
2.Ctenocephalides felis
Pinjal kucing
Kucing, anjing
Sering mengigit manusia. Biasa dijumpai hari ini
3.Ctenocephalides canis
Pinjal anjing
Kucing, anjing
Tidak kerap mengigit manusia
4.Pulex irritans
Pinjal manusia
Kucing, anjing, tikus
Jarang dijumpai disini
5.Echidnophaga gallinacea
Pinjal melekat kuat
Ayam
Makhluk perosak yang teruk di lading ternakan ayam-itik

                                      Jadual 1: Spesies pinjal biasa yang terdapat di Malaysia

PERMANTAUAN & PENGAWASAN PINJAL
1.      Kaedah Tangkap Kaki yang Terdedah: pengumpul mengira dan mengumpul pinjal yang jatuh atau merayap pada bahagian bawah kaki selama 1 minit. Kiraan 5 atau lebih pinjal per minit biasanya menunjukan kadar serangan yang tinggi.

2.      Kaedah Perangkap Yang Lekit: kertas lalat yang lekit (sebelah yang lekit di luar) dibalut dibahagian bawah kaki. Bilangan pinjal yang melekat pada kertas lalat per selang waktu menunjukan tahap populasi pinjal.

3.      Kaedah Menyikat Bulu Haiwan Peliharaan: pinjal boleh disikat daripada bulu haiawan dengan menggunakan sikat biasa.

4.      Kaedah Menyikat Bulu Tikus Dan Roden: Tikus diperangkap dan dibunuh oleh pendedahan kepada kloroform. Bulu tikus kemudianay disikat dengan sikat atau berus biasa untuk pinjal.

5.      Kaedah Pemeriksaan Tempat Tidur: tempat tidur haiwan peliharaan harus diperiksa untuk kehadiran telur pinjal dan najis kering pinjal.

6.      Kaedah Pemeriksaan Lubang atau Jerumun Haiwan:Pinjal boleh disampel dengan mengunakan sehelai kain yang dimasukan ke dalam lubang dan kemudian ditarik keluar. Bilangan pinjal yang melekat pada kain itu kemudiannya dikira.

PENGAWALAN PINJAL
Adalah perlu untuk menentukan jenis-jenis langkah pengawalan yang hendak diambil terhadap pinjal sebagai pengangu atau pemindah penyakit.

            Pengawalan Pinajl sebagai Penggangu:

1.      Sanitasi: oleh sebab pinjal membiak di dalam habuk dan serpihan, lantai harus disapu dan dibersihkan dengan kerap dengan mengunakan detergen atau larutan racun serangga untuk menyingkir atau membunuh telur dan peringkat yang belum matang serangga ini.memvakum juga berkesan.

2.      Perlindungan diri: Pakaian boleh dirawat dengan piretroid (misalnya permethrin) untuk pengawalan jangka panjang. Bahan penghalau seperti deet juga boleh digunakan.

3.      Racun serangga:

a)     Penggunaan umum- Formulasi racun serangga dalam bentuk debu atau larutan boleh digunakan untuk dibubuh pada rekahan, di sudut bilik dan tempat lain yang mana disyaki terdapat pinjal. Racun serangga juga boleh dibubuh terus pada pakaian atau bulu haiwan. Pewasapan menggunakan kanister pewasapan atau aerosol boleh juga digunakan.
b)     Pinjal kucing dan anjing- debu, semburan, celupan atau syampu racun serangga boleh digunakan untuk merawat bulu haiwan (rajah 3). Debu lebih digemari kerana biasanya ia adlah lebih selamat dan lebih menyenangkan untuk digunakan. Debu hendaklah digosok dengan teliti pada bulu tetapi tidak pada mata, lubang hidung dan mulut haiwan.  Pada amnya, haiwan yang kecil boleh dirawat dengan kira-kira 10g talcum manakala haiwan yang lebih besar mungkin memerlukan 30g. Haiwan peliharaan  juga boleh diberi pakai relang leher yang dirawat dengan racun serangga yang biasanya boleh tahan kira-kira  4bulan. Baru-baru ini, penggunaan racun serangga secara sistematik pada haiwan telah dilakukan dengan jayanya untuk membunuh pinjal dewasa. Tablet lufenuron yang diberikan setiap bulan sebanyak 30 mg/kg berat badan (kucing) dan 10 mg/kg (anjing) boleh menyekat perkembangan telur dalam pinjal betina apabila pinjal tersebut menghisap darah haiwan yang dirawat itu.
c)     Pinjal manusia-pinjal manusia boleh dikawal oleh pelbagai langkah sanitari yang telah disebut misalnya pembersihan tempat tinggal. Tambahan pula, tilam dan peralatan tempat tidur hendaklah dibersihkan dengan kerap dan dijemur di bawah cahaya matahari. Racun serangga boleh digunakan untuk merawat kawasan pembiakan pinjal.

Pengawalan Pinjal sebagai Pemindahan Penyakit

Objektif utama disini ialah untuk memberhentikan rentetan pemindahan wabak atau tifus oleh pinjal yang dijangkiti. Walau bagaimanapun, perlu di ingatkan  bahawa dengan hanya membunuh tikus akan meningkatkan pemindahan penyakit kepada manusia kerana pinjal akan meninggalkan perumah yang mati (roden) dan mencari darah manusia pula. Maka program pengawalan harus dikendalikan dalam 2 peringkat:

1.      membunuh pinjal pada tikus dengan membubuh talcum racun serangga di habitat tikus
2.      pengawalan tikus.

Maklumat Serangga - Semut

OBJEKTIF
Untuk memberi pemahaman tentang pentingnya semut dari segi perubatan dan ekonomi, biologi dan kaedah mengawalnya menerusi pengurusan makluk perosak yang bersepadu.

PENGENALAN
Semut adalah serangga social yang hidup berkoloni. Satu hasil kajian tentang serangga rumah yang dijalankan di Malaysia menunjukan bahawa semut  rumah ialah makhluk perosaK rumah yang paling penting selepas nyamuk dan lipas.

BIOLOGI UMUM
1.      terdapat tiga bahagian badan pada seekor semut: kepala, torraks dan abdomen. Bahagian kepala terdiri daripada mata dan sesungut. Pada bahagian toraks, ada tiga pasang kaki dan dua pasng kepak(dalam peringkat pembiakan sahaja). Di antara bahagian toraks dan abdomen, terdapat satu atau dua nodus (bergantung kepada spesies). Gaster, sengat dan nodus ialah komponen bagi bahagian abdomen.

2.      Semut mengalami metamorfosis yang lengkap. Ini bermakna terdapat empat peringkat yang ketara dalam perkembangannya (telur-larva-keponpong-dewasa).

3.      Telur-telurnya amat halus dan berwarna putih (rajah 1). Larvanya mudah rosak dan tanpa kaki memerlukan perhatian khusus kepada semut pekerja(rajah 2)

4.      Kempompong merupai dewasa, kecuali ia tidak boleh bergerak, lembut dan berwarna putih (rajah 3). Ant live in colonies and maintain a caste system. Semut hidup berkoloni  dan mengekalkan sistem kasta. Setiap koloni mengandungi dua jenis individu: (1) pembiakan- permaisuri, jantan. (2) bukan pembiakan – pekerja dan yang belum matang. Bergantung kepada spesies , mugkin terdapat lebih daripada satu jenis semut pekerja (rajah 4).

5.      Pembahagian kerja adalah penting untuk kolkoni tersebut menerusakn kehidupan. Semut permaisuri merupai ‘mesin’ penghasil telur sementara semut pekerja pada asasnya ialah ‘mesin’ pekerja.

6.      Kasta pekerja ialah kasta biasa dilihat oleh manusia. Ia merupakan semut-semut betina atau anak-anak betina yang mandul bagi semut permaisuri dan kumpulan pekerja bagi suatu koloni.

7.      Tugasnya adalah daripada mencari makanan , memberi makanan kepada semut tidak matang, mempertahankan sarang sehinggalah kepada membersihkan sisa-sisa makanan yang terdapat dalam sarang.

8.      Kebanyakan spesies semut rumah mempunyai satu saiz semut pekerja sahaja.

9.      Beberapa jenis spesies yang lain yang mempunyai dua atau tiga saiz semut pekerja.

10. Semut permaisuri merupakan individu terbesar dalam koloni. Fungsi utamanya Cuma menghasilkan telur sahaja, serta menjaga kelompok pertama telur-telurnya semasa pemwujudan koloni baru. Kebanyakan spesies semut rumah mempunyai permaisuri bagi setiap sarang.

11.   Semut-semut jantan sememangnya ‘wujud untuk mengawan’. Ia memiliki kepak. Aktiviti mengawan biasanya berlaku dalam sarang atau luar sarang (tanah atau udara). Kebanyakan semut jantan mati selepas mengawan.

12. Semut berkomunikasi secara kimia menerusi feromon. Feromon biasanya di tinggalkan di atas permukaan yang di laluinya. Feromon yang berbeza di rembeskan untuk tujuan yang berbeza.

13. Spesies semut yang berbeza mempunyai pilihan makanan yang berbeza. Perbezaan makanan juga berbeza dengan keadaan perkembangan koloni tersebut.

14. Semut pekerja mencari makanan dan air. Makanan berbentuk cecair dan air akan diinges sehingga bahagian abdomennya mengembung, sementara makanan pejal akan dibawa balik ke koloni. Makanan pejal akan diberikan kepada larva untuk dimakan dan larva pula kemudiannya akan memuntahkan kembali makanan yang dihaddam tadi kepada semut pekerja. Makanan itu kemudiannya di muntahkan sekali lagi oleh semut pekerja kepada semut-semut pekerja, pemaisuri dan semut jantan yang lain. Proses bertukar-tukar makanan ini dinamakan TROFALAKSIS.

KENAPA SEMUT DIANGGAP SEBAGAI PEROSAK?
1.      Kebanyakan semut rumah ialah makhluk perosak yang menagangu. Apabila semut dilihat dan didapati ada didalam makanan dan minuman, ia boleh menimbulkan rasa jengkel kepada kebanyakan orang. Tambahan pula, semut-semut bergerak secara berkumpulan, yang mungkin berlaku didalam premis-premis , juga boleh menimbulkan ganguan.

2.      sesetengah spesies yang lain memiliki cirri-ciri yang penting kepada bidang perubatan (contohnya semut api) sebab ia memiliki sengat yang boleh menyebabkan pustule dan lepuh.

3.      NAMUN, semut juga berupaya menjadi vector mekanikal kepada penyakit manusia. Sebagai pengaut yang merayau-rayau mencari makanan di dapur dan di tempat-tempat lain yang terdapat makanan, dan ia juga bekas-bekas sampah, lantai yang kotor. Dsb.ia berkemungkinan besar boleh berjangkit organisma pathogen kepada manusia.

SPESIES BIASA SEMUT PEROSAK DI MALAYSIA
1.                   sejumlah 23 spesies semut perosak telah didapati hidup di dalam dan di sekitar struktur kediaman dan bangunan di rantau ini. Spesies-spesies semut perosak yang paling penting di Malaysia ialah:
a.                   Semut firaun
b.                  Semut gila
c.                   Semut api
d.                  Semut berkepala besar
e.                   Semut hantu
Semut firaun. Ia adalah spesies semut kecil yang berbeza-beza warnanya dari kuning hingga perang kemerah-merahan . ia di dapati hidup di merata dan meluas di seluruh Negara dan mudah ditemui di kebanyakan persekitaran Bandar. Koloni biasanya berpecah-pecah dan berselerak secara meluas di seluruh suatu struktur. Sarang biasanya terletak dalam bangunan di belakang dinding, dan di dalam perabot, serta luar bangunan di taman.

Semut Berkepala Besar. Semut ini biasanya ditemui di dalam rumah-rumah di Bandar di Malaysia. Ada dua jenis bentuk semut pekerja, besar dan kecil. Pekerja yang besar boleh dibezakan dengan yang kecil, kerana ia mempunyai kepala yang jelas lebih besar. Ia berwarna kuning kemerahan hingga perang muda dan sering ditemui di kawasan dapur.
Semut Hantu. Semut hantu menghasilkan bau yang busuk apabila dipenyek. Sarang dibina di atas tanah di sekitar struktur  di bawah batu dan di permukaan papan, dan di dalam bangunan pula sarang di bina di dalam rekahan dan retakan. Di dalam struktur, ia sering di temui di sekitar kawasan sinki dan dapur yang lembap. Ia gemar memakan bahan makanan yang berasaskan gula.

Semut Gila. Spesies ini mudah di kenali menerusi kakinya yang amat panjang dan sesungutnya yang amat panjang, serta tabiat  berjalan yang tidak menentu    dan tidak teratur. Sarang semut-semut ini mungkin terletak di tempat-tempat kering di dalam bangunan dan tempat-tempat basah di luar bangunan.

Semut Api. Ia adalah penimbun tanah yang selalu dapat ditemui di kawasan terbuka. Timbunan tanah yang tidak sekata ketinggiannya yang berbentuk kawah. Setiap timbunan tanah biasanya mempunyai beberapa terowong di bawah permukaannya dan menganjur sehingga menjauhi sarang tersebut. Semut-semut pekerja mempertahankan koloni tersebuut secara agresif sekiranya di gangu, dan akan menyegat dan mengigit oarang dan haiwan peliharaan.

KAWALAN SEMUT

Cara terbaik untuk mengawal semut adalah menerusi rawatan terus keatas koloni semut. Walau bagaimanapun, koloni sukar untuk dikesan kedudukannya. Secara umumnya, terdapat dua kaedah mengawal semut: (1) rawatan terus/sisa racun serangga, (2) mengumpan.

Rawatan serangga terus ke atas semut-semut yang sedang mencari makanan tidaklah perlu dan tidak akan menghapuskan suatu koloni. Dalam kebanyakan keadaan, koloni semut mesti di kesan dan dihapuskan, kalau tidak pekerja semut yang baru datangmencari makananan akan datnag semula. Walau bagaimanapun, tugas mengesan satu sarang semut boleh terjadi terlalu sukar. Jika rawatan terus/sisa racun serangga  diperlukan racun serangga sisa bukan penghalau (organofostat) harus digunakan. Piretroid harus dielakkan, kerana ia bersifat menghalau. Jika koloni tersebut digangu oleh sifat menghalau yang ada pada piretroid, pencantuman mungkin berlaku.

Pendekatan terbaik untuk mengawal kebanyakan semut perosak (kecuali semut firaun) adalah dengan mencari dan merawat koloni secara terus. Walau bagaimanapun, sekiranya koloni tersebut tidak dapat dikesan, mengumpan mungkin menjadi pilihan kedua terbaik. Menerusi trofalaksis, bahan toksik daripada umpan yang di jadikan makanan kepada semut akan di edarkan dari satu semut ke semut yang lain hinggalah keseluruh ahlidalam koloni tersebut. Dengan strategi yang sedemikian rupa, penghapusan populasi dapat dicapai.
Bagi membolehkan umpan Berjaya digunakan, spesies semut yang terlibat perlulah dikenal pasti dengan betul. Bagi mengumpan semut dengan berkesan, umpan haruslah diletakan sedekat yang boleh dengan koloni semut. Umpan haruslah ditempatkan di sepanjang pinggir dan sudut memandangkan semut gemar merayap di sepanjang sisi dinding.

Semua sumber makanan dan air yang mungkin ada perlu dialihkan dan ia tidak harus diletakkan di atas permukaan yang dirawat dengan racun serangga. Juga disarankan agar satu umpan ditukarkan dengan umpan yang lain dari masa ke masa.   

OBJEKTIF
Untuk memeberi pemahaman tentang kepentingan lalat rumah dari segi perubatan dan ekonomi, biologi dan kaedah untuk mengawalnya melalui pengurusan makluk perosak bersepadu.

PENGENALAN
Terdapat lebih daripada 100,000 spesies lalat rumah di dunia. Lalat rumah yang biasa merupakan perosak seluruh dunia. Lalat rumah yang biasa di kategorikan sebagai lalat pengotor kerana ia membiak di sampah-sarap, makanan busuk dan najis.

BIOLOGI DAN KITAR HIDUP LALAT  RUMAH
Badan lalat rumah dibahagikan kepada tiga bahagian: kepala toraks dan abdomen.
Lalat rumah berukuran kira-kira 7-9 mm panjang
Lalat rumah berwarna kelabu pudar.
Torak lalat rumah mempunyai tanda 4 jalur memeanjang yang gelap
Abdomennya berwarna pucat
Lalat rumah mempunyai sepasang sesungut, sepasang mata kumpuan yang besar dan bahagian mulut yang boleh menyedut.
Lalat betina mempunyai ruang antara mata yang lebih besar berbanding dengan yang jantan.
lalat rumah mengalami metamorfosis lengkap dengan empat peringkat yang berbeza dalam kitar hidupnya: telur, larva atau berengga , pupa dan dewasa.
tempoh pekembangan yang terpendek dari telur ke dewasa ialah 6-8 hari
telur di keluarkan kelompok-kelompok pada jirim organic yang mereput dan lembap. Telur lalat rumah berwarna krim hingga putih, berbentuk pisang dan kira-kira 1 mm panjang.
Dalam keadaan biasa lalat betina dewasa boleh bertelur sebanyak 5-6 kali. Pada setiap kali, lalat betina dewasa boleh bertelur sehingga 120-130 biji.
masa minimum yang diperlukan untuk telur menetas ialah 6-8 jam. Larva perlu bersalin kulit tiga kali.
Larva adalah licin, berwarna krim, tidak berkaki serta tidak suka pada cahaya.
Apabila larva berada dalam peringkat kepompong. Kulitnya mengecut. Untuk satu atau dua jam yang pertama, pupa adalah lembutdan berwarna krim. Perlahan-lahan pupa berubah kepada warna perang muda dan kemudian kepada perang gelap dan kutikelnya mengeras.
Masa yang diperlukan bagi lalat dewasa untuk muncul dari peringkat pupa ialah kira-kira 3-7 hari bergantung kepada suhu dan kelembapan.
Lalat rumah aktif semasa siang hari dan boleh ditemui di luar dan di dalam rumah.
Pada waktu malam, lalat rumah tidak menjadi aktif dan berehat dengan berdekatan dengan tempat pembiakannya. Pada waktu mlam tempat-tempat rehatnya adalah siling-siling, dawai-dawai elektrik, kord-kord yang tergantung di dalam rumah. Dalam semua keadaan,lalat rumah lebih mengemari sudut-sudut dan tepi-tepi ruang atau objek yang halus seperti dawai dan tali.
Mengesan tempat rehat lalat adalah penting untuk mengawal lalat rumah.

KEPENTINGAN LALAT RUMAH DARI SEGI EKONOMI
Dalam jumlah yang banyak, lalat rumah sangat-sangat menjengkelkan, hinggap berulangkali pada manusia dan makanan.
Lalat boleh memberi impak psikologi yang negatif kerana kehadirannya dianggap sebagai satu pentanda wujudnya keadaan tidak bersih.
Bilangan lalat yang banyak di tempat-tempat kunjungan pelancong dan akan menyebabkan mereka berkunjung ke tempat lain dan ini akan meninggalkan kesan yang besar kepada ekonomi Negara.
Lalat merupakan penyebarkan penyakit kerana ia memakan sisa manusia dan haiwan.
Bacteria yang ada didalam sisa ini, melekat di mulut, tapak kaki dan bulu lalat dan kemudianya mungkin dilonggokan di makanan manusia atau haiwan.
Lalat rumah boleh menyebarkan penyakit manusia dan haiwan secar mekanikal.
Penyakit-penyakit yang dikatakan disebarkan oleh lalat termasuklah jangkitan enterondisenteri, cirit-birit demam kiapialu, kolera dan jangkitan helmintik yang tertentu , jangkitan mata dan jangkitan kulit yang tertentu.

PENGESAN DAN PENGAWASAN
Pemeriksaan terhadap lalat rumah seharusnya bermula diluar rumah atau bangunan untuk mengesan tempat-tempat pembiakan.
Lalat rumah biasanya ditemui memakan dan membiak di najis baru, buah-buahan dan sayur-sayuran yang membusuk , tempat pembuangan sampah, bahan-bahan organik yang mereput yang ada di luar bangunan.
terdapat empat kaedah utama untuk menilai kepadatan lalat rumah. Kaedah-kaedah tersebut ialah:

I.      kiraan Scudder Grill;
II.      pengiraan lalat di permukaan yang sedia ada:
III.      mengumpan lalat mengunakan perangkap; dan
IV.      memerangkap lalat mengunakan kertas lekit

Yang pentingnya kaedah itu hendaklah senang dan cepat untuk digunakan serta sentiasa boleh diharap.
PENGENALPASTI SPESIES BIASA
1.      Beberapa spesies wujud bersama di tempat pembiakan lalat rumah dan cara membezakan spesies-spesies ini daripada lalat rumah dan cara membezakan spesies-spesies ini daripada lalat rumah diberikan dalam jadual 1 di bawah.
2.   Pengenalpastian yang betul akan membantu dalam menentukan biologi lalat serta tempat-tempat pembiakan yang mungkin.

Pengenalpastian lalat biasa yang lain yang berkait rapat dengan lalat rumah,
Musca Domestica

Makhluk perosak
Huraian
Spesies lalat
Lalat rumah (musca domestica)
Kira-kira 7-9 mm panjang; berwarna kelabu pudar; toraks ditanda secara memanjang dengan 4 jalur gelap; dan abdomen berwarna pucat
Lalat botol hijau (chrysomia megacephala)
Kira-kira 13 mm panjang; toraks dan abdomen berwaran biru hijau berkilat yang berkilauan
Lalat botol gangsa (lucilla cuprina)
Kira-kira 8 mm panjang; toraks dan abdomen berwarna gangsa berkilauan
Lalat daging (sarcophagi sp.)
Kira-kira 11.5 mm panjang. Yang dewasa merupai lalat rumah yang terlalu besar dengan tiga jalur pada toraks dan abdomennya bercorak papan dam
Lalat Sampah Hitam(Ophyra sp,)
yang dewasa berwarna hitam kilauan dengan panjang kira-kira605 mm dan saiznya adaalh 2/3 daripada saiz lalat rumah
Lalat Rumah Kecil (Musca sorbens)
Yang dewasa serupa dengan lalat rumah dan panjangnya kira-kira 5.5. toraksnya mempunyai 2 garis memanjang yang menyerupai huruf ”y” yang sonsang”
Lalat Kandang Kuda (stomoxys calcitrans)
Panjang kira-kira 7.0 mm. yang dewasa menyerupai lalat rumah kecuali muncung yang tajam, runcing dan tirus yang digunakan untuk menusuk kulit dan menghisap darah.gigitannya menyakitkan.

PENGAWALAN LALAT RUMAH
1.      Pengawaln lalat rumah boleh dicapai mengunakan 4 prinsip asas seperti:
a)     Sanitasi
b)     Penyisihan
c)     Kawalan mekanikal
d)     Aplikasi racun serangga

2.      Sanitasi yang baik merupakan faktor penting dalam kejayaan mana-mana program kawalan lalat rumah. Dalam kebanyakan kes, penghapusan bahan-bahan pembiakan merupakan cara paling berkesan untuk memberhentikan kitaran hidupnya.

3.      Lalat boleh dihalang daripada memasuki rumah dengan memasang skrin tingkap dan pintu. Pintu yang mempunyai skrin hendaklah direka supaya membuka ke luar. Manik dan langsir adalah alternative kepada skrin. Kipas halalaju tinggi yang diletakan di empat yang sesuai juga akan menghalau lalat.

4.      Kawalan mekanikal termasuklah perangkap cahaya ultraunggu , perangkap lalat yang lekit, pemukul lalat dan perangkap lalat yang berumpan. Dengan aplikasi serta perletakan yang betul, populasi lalat boleh dikurangkan.

5.      racun serangga boleh di jadikan penggunaan tambahan sekiranya langkah-langkah sanitasi dan penyisihan di dapati tidak mencukupi. Ada lima kaedah pengawaln kimia yang utama seperti:

a)     racun serangga
b)     semburan racun serangga di ruang
c)      racun larva
d)     umpan racun serangga
e)     jalur dan kord racun serangga

6.      racun serangga residu perlu disemburkan di dinding, siling dan tempat-tempat rehat yang lain. Dalam menjalankan penyemburan residu, formulasi racun serangga yang betul perlu digunakan.

7.      Semburan racun serangga di ruang,pengasapan dan pengabusan digunakan untuk mengawal lalat dewasa dalam jumlah yang besar dalam dan luar banguan.

8.      Racun larva boleh diaplikasikan di kawasan yang wujudnya pembiakan larva yang sangat banyak untuk membunuh larva sebelum ia menjadi dewasa.

9.      Umpan racun serangga merupakan cara tambahan yang berkesan untuk mengawal lalat  rumah dewasa.umpan di peroleh dalam formulasi basah dan kering dan seharusnya diaplikasi di kawasan lalat berkumpul dengan banyak.

10. Jalur dan kord racun serangga juga merupakan cara tambahan mengawal lalat rumah. Jalur dan kord ini telah dirawat dengan racun serangga dan di gantung di tempat-tempat strategik. Jalur ini seharusnya dibuang setiap hari sekiranya banyak lalat yang melekat padanya.

11. Adalah penting untuk membaca dan mengikut arahan serta benar-benar mematuhi langkah-langkah keselamatan setiap kali mengunakan sebarang racun serangga. Perkara yang paling mustahak ialah mengelakkan diri sendiri, makanan, air dan perkakas daripada terkena racun serangga.

KETAHANAN TERHADAP RACUN SERANGGA
1.      Ketahanan lalat rumah terhadap racun serangga telah dilaporkan sejak tahun 1970-an

2.      Lalat rumah ialah satu serangga yang boleh membina ketahanan dengan cepat.

3.      Lalat rumah boleh menjadi tahan dengan cepat disebabkan oleh kitar hidupnya yang singkat.

4.      Lalat rumah boleh membina ketahanan terhadap semua jenis racun serangga.

5.      Untuk menangani kemampuan membina ketahanan pada lalat rumah, adalah dinasihatkan agar                              mengunakan kelas racun serangga yang berbeza, ini dapat meminimumkan kemampuan membina ketahanan.

6.      Gilirkan penggunaan organofosfat, karbamat, piretroid dan racun serangga lain apabila perlu.

7.  Jangan gunakan satu racun serangga untuk tempoh yang lama untuk mengawal lalat rumah atau sebarang              serangga lain.

8.    Agen biologi juga boleh digunakan untuk pengawalan lalat rumah.

TIKUS
Ø      Tergolong dalam kumpulan ‘roden’.
Ø      Haiwan mamalia seperti mancit, cencurut, gerbil, mamut, tupai, dan arnab.
Ø      Perosak sebagai pembawa pelbagai penyakit kepada manusia.
Ø      Berlaku melalui gigitan, najis, kencing, dan kutu pada tubuhnya.
Ø      Kadar pembiakan tikus rumah adalah 6-10 ekor setiap 3 bulan
Ø      Boleh hidup tanpa makanan selama seminggu, tanpa air ia boleh hidup selam 3 hari sahaja.

MENGESAN KEHADIRAN TIKUS
Ø      Melalui najis
Ø      Kesan laluan
Ø      Kesan gigitan
Ø      Lubang @sarang kediaman

PENYAKIT YANG DIBAWA
Ø      PLAK
·        Dibawa oleh kutu yang terdapat pada badan tikus (Xenopsylla Cheopsis)
·        Melompat dan bergantung pada bulu roma manusia
Ø      RIKETSIA
·        Jangkitan bakteria yang di pindahkan melalui gigitan tangan yang terdapat pada bahan tikus
Ø      LEPTOSPIROSIS
·        Tersebar melalui najis dan air kencing  yang mencemari minuman dan makanan.
Ø      DEMAM GIGITAN TIKUS
·        Makanan yang tercemar dengan gigitan tikus kemudian dimakan oleh manusia.

PENGAWALAN TIKUS
Antara kaedah-kaedah:
                           I.      Kebersihan
                          II.      Penyimpanan Makanan
                         III.      Kaedah Kalis Tikus
                         IV.      Mengumpan
                          V.      Meracun
                         VI.      ‘Glue Board’

RODENT CONTROL

Rats and mice are referred to as commensal rodents because of their close association with man. Adabtabillity and intelligence enable them to conquer a variety of habitats, even though with extreme conditions.

They have an acute sense of smell that helps them to find their way especially in the dark. They usually mark their surrounding by urine drops, which contain a lot information about sex, status, heat and age and also they can subsist on a great variety of food and can survive for a long periods.

They exhibit pronounced thigmotatic behaviours, i.e. they find their bearings from tactile stimuli and always maintain contact with vertical surface. This is why they always walk a long the wall, rarely diagonally across a room. Like all nocturnal creature, they have very acute bearing, even in ultrasonic range. Although their eyes are eyes are very sensitive to light, they cannot distinguish colours.

Both rats and mice have been considered pests necessary to combat. In some parts of the world, refrigerator has reduced the loss of food on domestic premises. Here, the gnawing of electrical cables may now be the most serious problem, leading sometimes to fires, sometimes to the interruption of telephone connections, anti-burglar device or computers. Houses, which are left unattended for an extended period, they (rats and mice) may gnaw through piles of bedclothes and linen and substantially damage curtains, carpets and wooden furniture. They also eat plants and fruits. The damage is even more serious when rats contaminate food with droppings, urine, hairs, and germs.

Rodents are also major important transmitter of diseases. Mice can transmit certain types of leptospirosis and other bacterial as well as viral infections. One of the most common diseases is food poisoning. Rats can also actively transmit or cause diseases, themselves, i.e. typhoid, rat bait, fever, rabies, and the fleas that live on rats transfer diseases, , producing micro-organism to human very easily.    

MODE OF CONTROL

Each control measure will be preceded by a survey to determine the severity of the infestation. Spoilt food, traces of gnawing on doors, walls and objects, fresh tracks at the entrance of burrows, rat droppings, run and rat hairs are all evidence of rat activities.

The next activity is to choose an appropriate control measure i.e. the use of ready- made bait in a scatter formulation or tracking powder. It is often appropriate to combine two form of application. After the initial survey, the locations of bait stations have to be chosen. The bait stations might be made of wooden boxes with openings at opposite ends, piece of PVC or iron pipes, bamboo canes or similar items. The number of baiting points required depend on the degree of infestation and the size of the infested area.

New bait stations will be put down several days before the start of the control program to allow the rats to get used to them and allay their instinctive suspicion. The baits will be checked during the following days and replenished until no more baits is taken. This is necessary measure because not all rats of population will accept the baits stations and start eating them at the same time. It is also necessary in order to allow the multiple-dose effect of Rodenticide to develop. Moreover, anticoagulants have a delayed type of action (necessary evident for at least one week). In order to counteract re-infestation, especially invasion by neighbouring rat populations, baiting will be repeated from time to time.  

RODENTS. INTELLIGENT DANGER.

COMMENSAL RODENTS AND THEIR WORLDWIDE INVASION.

Commensal rodents have accompanied the evaluation of human culture and adapted to human living spaces. Human shelter offers food and hiding piece for protection from both weather and predators. The high intellingence, adaptability and fertility of animals has allowed them to speared out into practically every human habitat throughout the world.

In general, tow types of rats are responsible for damage: the Norway rat and the roof rat. In additions to stored product damage, that is, the quantitive loss of food-stuffs, health risks also pose a threat. These rats can transmit a number of pathogens to both people and their livestock. This is why targeted, professionally-applied control measures for the reduction and elimination of rodent population are essential.

WHERE DON’T YOU FIND RODENTS?

Their well-known ability to adapt and survive mean that rats can be found practically anywhere:
Private apartment, single and multiple family homes, where they find food in kitchens, garbage containers and garden compost heaps.
Commercial operation such as food stored, bakeries, butchers, restaurant, etc, where food is stored, processed and prepared.
Industrial food and feed interprises, including bread and meat production facilities, slaughterhouses, daireis, grain storehouse, feed mills, etc.
Farming operations such as poultry and swine farming as well as feedlots and fish farm.
Open areas such as ports, train tracks and stations, composting plants and community disposal facilities. i.e. sewage plants and dumps.

Rats often wander through very different environments in their search for food or new living spaces. In doing so, they make serious epidemiological link, for instance, between bacteria-infested sewers and living spaces of people or animal.

REQUIRES INTELLINGENT CONTROL.

HOW CAN WE CONTROL THE MOST INTELLIGENT OF PESTS?

Considering how intellingent and adaptable rats are, it is no surprise that effective and sustainable control of these pests is extremely difficult to achieve. Since we have no direct access to the animals, they have to the rodents through taste or symptoms. This objective of carefully chosen bait formulations and tecniques. Sustainable pest reduction is according to an Integrated Pest Management (IPM) concept, taking the environment of the pest into consideration as well as various control methods. Amajor element of IPM is the prevention of infestations which includes the following activities:
Maintains cleanliness in infested areas in order to eliminate hiding places and source of food.
Disposal refuse in a rat-proof way
Keep food sealed in appropriate containers
Cover vents, sewage pipes, drains etc. with screens.
Consider construction projects to make itg more difficult for rodents to access the areas to be protected.

IPM prosgram require detailed assessment of the pest species, the extent of the infestation and economic impact before a program is implemented.
In the majority of cases, bait formulations are used which contain anticoagulats which keep blood from clotting. These baits have adelayed effect, so they take effect a few days after being consumed in order to prevent bait shyness.

·        Bait must be placed in covered containers or special bait stations such as that accidental ingestions such that accidental ingestion by children or pet is prevented.
·    Particular attention should be paid to the location of the bait stations: use tracks and evidence of faces urine/foot printsto locate hiding places, favoured routes and burrows in  orders to places a sufficient number of stations next to the pathways between the hiding place and food source.

Maklumat Serangga - Nyamuk

OBJEKTIF
Untuk memberi pemahaman tentang kepentingan nyamuk dari segi perubatan dan ekonomi. Biologinya dan kaedah mengawalnya melalui pengurusan makhluk perosak bersepadu.
                                     
PENGENALAN
Nyamuk merupakan kumpulan antropod yang penting yang menghisap darab manusia dan haiwan. Terdapat kira-kira 3450 spesies dan subspesies nyamuk dalam 38 genus yang tergolong dalam famili culicidae. Taburan nyamuk hampir di seluruh dunia, ditemui diseluruh kawasan tropika dan kawasan beriklim sederhana terbentang hingga ke Garisan Artik. Nyamuk diketahui tiada hanya dari antartika dan beberapa buah pulau.

SPESIES BIASA
Dimalaysia terdapat kira-kira 434 spesies dan subspesies nyamuk yang tergolong dalam 20 genus. Walau bagaimanapun, hanya genus Anafolen, kuleks dan Mansonia yang penting dari segi perubatan.

BIOLOGI DAN TABIAT UMUM
            Morfologi Luaran

1.      Nyamuk dewasa ialah dewasa ialah serangga terbang yang kecil. Biasanya berukuran antara 3-6 mm panjang, yang terbesar ialah Toxorhynchites, berukuran sepanjang 19 mm

2.      Badanya terbahagi kepada tiga segmen: kepala, toraks dan abdomen.

3.      Kepalanya berbentuk bulat dan mempunyai sepasang mata majmuk di mana muncul sepasang sesungut bersegmen. Sesungut nyamuk betina mempunyai bulu-bulu pendek (pilose), manakla yang jantan selalunya mempunyai bulu-bulu panjang  (plumose) pada sesungutnya.

4.      Betul-betul di bawah sesungut itu terdapat sepasang peraba yang mungkin panjang atau pendek dengan hujungnya yang tajam atau hujung berbentuk belantan bergantung kepada jantina dan spesies nyamuk itu.

5.      Bahagian mulut nyamuk betina di sesuaikan untuk mencucuk dan menghisap, membentuk proboscis yang menonjol keluar dari bawah kepala.

6.      Toraks mempunyai tiga pasang kaki, sepasang sayap depan fungsian dan sepasang sayap belakang yang lebih kecil dikenali halter yang bertindak sebagai organ gegasing atau penimbang. 

7.      kaki-kakinya yang panjang dan langsing, dan selalunya berbintik-bintik atau berbelang-belang.

8.      Sayapnya panjang, sempit, jarang dan mengandungi membran dan venanya diliputi dengan sisik. Juga sisik sempit berbentuk umbai sepanjang sempadan posterior sayap.

9.      Abdomen terdiri daripada 10 segmen, tetapi hanya tujuh atau lapan yang pertama yang selalunya kelihatan. Segmen abdomen yang akhir berakhir pda sepasang sersi pada nyamuk betina dan sepasang klasper pada nyamuk jantan.

Kitaran Hidup
1.      Nyamuk mengalami metamorfosis lengkap di mana kitaran hidupnya mengalami empat peringkat: telur, larva, pupa dan dewasa.

2.      Kebanyakkan nyamuk mengawan sebaik sahaja menjadi dewasa.

3.      Nyamuk betina bertelur kira-kira 30-300 biji telur pada satu masa. Warna telur-telurnya hitam atau perang dan berukuran 1 mm panjang atau kurang. Telur-telurnya kebanyakan kulisin berbentuk panjang tirus atau bujur dan ditelurkan diatas permukaan air dalam bentuk rakit (rajah 6), tetapi telur-telur mansonia berbentuk silender dan tajam seperti mercu dan di telurkan di dalam longgokan yang melekit di bahagian bawah daun tumbuh-tumbuhan akuatik. Aedes tidak bertelur di atas air. Tetapi bertelur satu persatu di atas garis air pada subtract yang basah dan dapat bertahan pengeringan selama berbulan-bulan. Telur-telur anofolinn berbentuk bot dan di telurkan satu persatu di atas permukaan air.

4.      Larva nyamuk adalah tidak berkaki dan memerlukan air untuk membesar. Larva mempunyai berus mulut yang menonjol untuk menyapu air yang mengandungi remah  makanan yang amat kecil terus ke dalam mulut. Larva nyamuk kecuali mansonia  dan beberapa spesies lain,mesti naik ke permukaan air untuk mendapatkan udara yang diambil melalui spirakel yang terletak pada sifon contohnyaToxorhynchitinae  dan kulisin, tetapi anofelin tidak mempunyai sifon.

5.      Bergantung pada spesies, larva nyamuk berehat sama ada pada sudut 45º (toxorhynchitinae dan kebanyakan kulisin) atau selari (semua anofelin) dengan permukaan air. Sebaliknya larva mansonia tidak naik ke permukaan air untuk mendapatkan udara, tetapi memiliki sifon khas yang dimasukan di dalam akar-akar atau batang-batang tumbuh-tumbuhan akuatik untuk mengambil oksigen dari tumbuh-tumbuhan itu.

6.      Di kawasan tropika peringkat larva bertahan selama 5-14 hari manakala kawasan iklim sederhana ia bertahan daripada beberapa minggu hingga berbulan-bulan.

7.      Habitat larva berbeza dari kumpulan air kekal yang besar seperti paya air tawar dan sawah-sawah padi hinggalah ke kumpulan air sementara seperti kolam-kolam, longkang-longkang dan parit-parit. Bekas semula jadi dan juga buatan manusia juga merupakan habitat kegemaranya.

8.      Sesetengah spesies  memilih air tercemar dan sejumlah kecil spesies membiak hampir secara eksklusif dalam air payau.

9.      Semua pupa nyamuk adalah akuatik dan berbentuk koma. Pupa tidak makan, tetapi menghabiskan masanya di permukaan air untuk mengambil udara melalui trompet pernafasan.

10. Pupa mansonia berbeza di mana pupa ini mempunyai trompet yang disesuaikan untuk mencucuk tumbuh-tumbuhan akuatik untuk mendapat oksigen (rajah 10b). Peringkat pupa bertahan selama 2-3 hari di kawasan tropika dan 9-12 di kawasan beriklim sederhana.

11. Nyamuk betina mesti mengigit dan menghisap darah sebagai makanan untuk memebentuk telur, kecuali sebilabgan nyamuk kecil. Sumber darah sebagai makanannya adalah dari manusia (antropolifi) atau haiwan (zoofili). Nyamuk yang menghisap darah di dalam rumah dinamakan andofaj manakala yang menghisap darah di luar rumah di namakan eksofaj.

12. Sebaik sahaja darah itu di hadam. Telur akan terbentuk dan abdomen menjadi keputihan di bahagian posterior dan merah gelap di bahagian anterior. Pada peringkat ini nyamuk adalah separuh gravid.

13. Apabila semua darah akhirnya dihadamkan dan telur terbentuk sepenuhnya, nyamuk dikatakan menjadi gravid dan sedia untuk bertelur.

14. Di kawasan tropika ia mengambil masa kira-kira 2-3 hari, tetapi di Negara-negara beriklim sederhana sejuk ia mengambil masa antara  7-14 hari .

15. Selepas menghisap darah nyamuk selalunya berehat untuk menghadamkan darah untuk pembentukan telur. Nyamuk yang berehat di dalam rumah dinamakan endofili dan berehat diluar rumah dinamakan eksofili.

16. Tabiat menghisap darah bersama dengan pergerakan penduduk manusia adalah penting dalam epidemiologi pemindahan penyakit.

KEPENTINGAN  EKONOMI
1.      Dikebanyakan Negara-negara beriklim sederhana nyamuk mempunyai sedikit atau tiada lansung kaitan sebagai vector penyakit Cuma ia dianggap menjengkelkan kerana gigitannay. Dalam beberapa kes, gigitan nyamuk ini kadang-kadang adalah teruk sehingga sukar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti luar rumah.

2.      Walaubagaimanapun, di negara-negara tropika sepertiMalaysia, nyamuk adalah penting sebagai vector penyakit berbahaya. Antara nyamuk yang menjadi vector penyakit berbahaya. Anatara nyamuk yang menjadi vector penting ialah genus Anopheles yang menjangkitkan malaria, Aedes yang menjangkitkan demam denggi dan denggi berdarah, Culex yang menjangkitkan ensefalitis dan filariasis di luar Bandar dan mansonia, yang menjangkitkan filariasis.

3.      Kebanyakan nyamuk adalah nocturnal dalam aktiviti-aktivitinya, menghisap darah serta bertelur pada waktu malam ( Anopheles, Culex dan Mansonia)  manakala aktiviti nayamuk Aedes berlaku pada waktu siang dan di kenali sebagai spesies diurnal.

4.      Sesetengah spesies seperti Aedes aegypti dan Aedes albopictus, yang menjangkitkan demam denggi dan/atau demam berdarah, mempunyai perkaitan yang lebih rapat dengan manusia, membiak di dalam dan di sekeliling rumah di kawasan-kawasan Bandar dan luar Bandar.

5.      Spesies Culex merupakan nyamuk yang dikaitkan dengan pembandaran dan Bandar-bandar yang mempunyai system saliran dan sanitasi yang tidak baik.

6.      Mansonia membiak terutamanya dalam takungan air kekal yang mempunyai tumbuh-tumbuhan terapung di mana larva dan pupa melekatkan sifon dan trompet pernafasannya untuk mendapatkannya untuk mendapat udara.

STRATEGI KAWALAN
Pengurangan sumber dan pengurusan alam sekitar.  Pengurangan sumber dan pengurusan alam sekitar merupakan strategi yang baik bagi kawaln jangka panjang. Sebagai contoh, membuang bekas-bekas yang tidak dikendaki seperti tin dan tayar
 boleh mencegah pembiakan nyamuk Aedes, dengan itu mengurangakan pemindaan demam denggi/denggi berdarah. Penyaliran bawah tanah yang baik di kawasan berbukit menolong mengurangkan jumlah Anopheles , seterusnya mengurangkan pemindaan malaria.

Kawasan secara biologi. Satu-satunya agen biologi yang efektif  dari segi kos dalam menentang nyamuk di padang-padang ialah Bacillus thuringiensis dan bacillus sphaericus.

Kawalan minyak Diantara semua pendekatan yang berbagai itu, penggunaan racun serangga, sama ada terus ke atas larva atau nyamuk dewasa, menjadi cara utama untuk kawalan nyamuk.

Racun untuk serangga dewasa digunakan bentuk semburan permukaan sebagai kawalan vector Anofelin untuk mengurangkan pemindaan malaria. Racun ini juga digunakan sebagai formulasi semburan ruang, dalam pengasapan haba dan jumlahrendah ultra, untuk menentang nyamuk Aedes dalam mengawal demam denggi/ denggi berdarah.

Pengawal atur pembesaran serangga (IGR) telah juga menunjukan kebersanannya dalam mengawal nyamuk pada peringkat belum matang. Berdasarkan mod tindakanya, IGR boleh di bahagikan kepada hormone juvenile dan perencat sintetik kitin, kedua-duanya membantutkan metamorfis peringkat belum matang.

Sekatan fizikal dan perlindungan diri sendiri. Kelambu yang dirawat dengan racun serangga menghalau dan membunuh nyamuk, oleh itu melindungi manusia daripada gigitan nyamuk.
ü      Pengunaan produk racun serangga di rumah merupakan bentuk paling biasa sebagai langkah-langkah perlindungan  diri sendiri. Ini termasuklah  aerosol, lingkaran nyamuk, mat elektrik dan pengewap cecair.

ü      Sebagai tambahan kepada produk racun serangga di rumah, penghalau yang disapukan pada kulit yang terdedah juga digunakan untuk perlindungan daripada gigitan nyamuk.

Kawalan Bersepadu. Dalam kawalan bersepadu gabungan kaedah-kaedah di atas digunakan untuk menghapuskan atau mengurangkan jumlah nyamuk. 

Maklumat Serangga - Anai-anai

A formidable foe

A particularly insidious enemy of the homeowner is the termite whose fondness for woody tissue leads to stealthy and surprising invasions of dwellings. Since they avoid exposure to light and air , they are seldom seen until costly damage is done. The most commonly  encountered termite is the soil-inhibiting subterranean species.

·                     KING AND QUEEN- in a termite colony the male helps establish the nest and remains with the female throughout life
·                     EGGS- the queen is primary egg producer of the entire colony; she may lay thousand of eggs over a period of years. In some colonies, supplementing queen emerge to speed up the reproduction process
·                     NYMPH- The developing termite passes through several stage: first the egg, then the immature or nymph forms. Nymphs begin destructive feeding at an early age.
·                     SUPPLEMENT KING AND QUEEN- in answer to environmental demands, additional king and queens may develop from nymphs to increase the population of the colony at the rapid rate. They also act as replacements for injured or dead king and queens.
·                     WORKERS- these destructive foraging feeder are the most numerous in the colony. They are the termites most commonly found in infested wood. These creamy-white, wingless, blind maggot-like workers forage for food and construct the tunnels. The help feed the nymphs, the soldier, and the reproductive.  
·                     THE SOLDIER- these grotesque but specialized individuals’ main purpose in life is to protect the colony against ants and other enemies. They are wingless, blind, and be must fed by worker or nymphs.
·                     WINGED REPRODUCTIVES- these are most visible ones. They are the  ones you see ”swarming” in the spring to form new colonies. They breed and rapidly form new nests in different locations.
·                     SWARMING- when you see them swarming, you know more colonies may soon be forming. Most termite are normally light-shy and reclusive. But once the year, “winged reproductive” literally burst from they mud tubes and seek the light and open spaces. They spectacular swarming are the seasonal exhibitions of this normally unseen pest. Swarming usually occurs in the east with the rise of temperature in the spring. On the west coast the largest swarms occur in the fall  the rains, with the smaller swarming in the spring. Most flights are seen in the day time after the rain , which loosens the soil enough to allow the winged reproductive to burst free!
·                     WING LOSS- the spectacular swarming is followed by wing loss. some termite wing break loss. Some termite wings break off in air and the hopeless termite spiral to the ground while other crash–land and they wing break off on impact. They wingless termite then easily fall prey to ant sand other enemies.
·                     THE CYCLES GOES ON- the now wingless reproductive find a  mate bad struggle to a safe spot in moist wood or soil. In a safe spot with a supply of cellulose , they breed, lay eggs, and the cycle continues.     

ANAI-ANAI

BIOLOGI DAN KAWALAN

·        FAEDAH-FAEDAH MENGAWAL ANAI-ANAI

apa perlunya kawalan anai-anai yang berkesan?

1.      Mengelak daripada kerosakan harta benda
2.      Mengelak daripada nilai harta benda menurun
3.      Menjauhi dari ganguan
4.      Mengelak daripada berlaku kebakaran
5.      mengelak daripada kerisauan / tekanan
6.      Mengelak daripada kerosakan kepada hutan-hutan
7.      Mengelak daripada pokok-pokok seperti getah dan kelapa sawit dirosakan.

·        SIFAT-SIFAT ANAI-ANAI

1.      Kelasifikasi: Philum            Arthropo
                         Kelas              Insecta
                         Order             Isoptera
                       
(Greek ‘isoptera’ = sayap yang sama). Dewasa bersayap ada mempunyai 2 pasang sayap yang sama bentuk dan saiz)

80% daripada spesies anai-anai terdapat dalam keluarga termitidae

2.      Sejarah:

      Anai-anai telah wujud lebih 250 juta tahun.dari sejak zaman
      dahulu lagi pengenbaraan telah mengalami kerosakan semasa
      mereka  dalam pengembaraan

3.      Kepentingan Anai-anai pada Alam:

Mereka membantu mengurai selulos pokok-pokok kepada unsure-unsur yang boleh diguna semula (recycle agent) oleh tumbuhan.

4.      Signifikan kepada Ekonomi

Aktiviti Anai-anai bukan sahaja terhad kepada tisu-tisu kayu mati. Anai-anai juga adalah perosak kepada tumbuhan hidup.

4.1 Dalam tanah dimana tanaman tumbuh, Anai-anai ‘consume’   
      Mulch dan sakibaki dedaun, dan menyebabkan tumbuhan 
      kehilangan komponen baja-bajaan

5.      Spesies:

Diseluruh dunia, 1900 spesies telah dikenal pasti. Mereka banyak terdapat dikawasan tropika dan sub tropika, dan sebilangan dikawasan suhu sederhana (temperate). Semakin dekat dengan khatulistiwa, semakin banyak bilangan spesies.

Spesies-spesies yang penting di Malaysia adalah seperti berikut:

                                                                     I.      Cryptotermes
                                                                   II.      Coptotermes
                                                                  III.      Schederhinotermes
                                                                  IV.      Nasutitermes

SIFAT-SIFAT YANG MEMBANTU MENGENAL SPESIES ANAI-ANAI YANG PENTING

1.      Anai-anai nudah di bezakan daripada semut

Angota
Anai-anai
Semut
Antena
lurus
Bengkok
Sayap
2 pasang sama besar
2 pasang tidak sama besar
Pinggang
lurus
Ramping

2.      Struktur Sosial
             
Mempunyai struktur social yang tinggi dan tersusun , dan system kasta Iaitu Ratu,Raja, Pekerja dan Tentera (solsadu), dan kelkatu (pembiakan[alate]). Melainkan Pembiak, Ratu dan Raja, yang lain nya mandul.
3.      Saiz konoli:
         
Konoli yang biasa mengandungi diantara 100,00-200,00 anai-anai. Apabila saiz mencapai 250,000-300,000, akan mendapat pengudaraan, sarang yang baru perlu diadakan (“swarming” berlaku)

4.        Saiz Anai-anai:
           
Pekerja anai-anai hanya memerlukan rekahan seluas >=1/64 inci (0.44mm) untuk merayap lalu.
           
            Sistem kasta:

            Ratu:                                                                                                                                 
                    1.                  boleh hidup selama 20 tahun (25 tahun)
                    2.                  Tugas utama ialah pembiakan
                    3.                  bertelur sehingga 20,000 biji telur sehari
                    4.                  Adalah pusat aktiviti konoli
                    5.                  konoli yang sudah lama mempunyai sub Ratu.
                    6.                  Menghasilkan cecairkan(secretion) dipercayai untuk mengawal pekerja dan tentera.
Raja:

             1.           Boleh hidup selama 7 tahun
             2.           Fungsi utama ialah mengawan dengan Ratu

Pekerja:

            1.         Boleh hidup selama 2 tahun           
            2.         Fungsi utama:
                        ………mencari makanan
                        ………membina/membaiki sarang (terowong tanah)
                        ………menjaga Ratu
                        ………membersih(menjilat)anggota koloni
Tentera:

1.         Boleh hidup selama 2 tahun
               2.         Fungsi utama adalah mempertahankan koloni daripada      
                        serangan musuh (semut)
        3.           Mandibel mempunyai mekanisme seperti penyepit
        4.           Cara mempertahan  dengan mandibel:
               -----mematah/memutus
               -----memotong
               -----mencucuk
               -----vestigial (di ubah??)
           
Kelkatu (pembiak):

   1.         Fungsi utama ialah merebak koloni
   2.         ‘swarming’ kelkatu berlaku selama beberapa minit dan
 Dipengaruhi oleh keadaan cuaca
                 3.                  tinggi sehingga 15 meter
                 4.                  jarak lebih kurang 200-300 meter daripada sarang
                 5.                  Tidak akan mengawan sehingga sarang baru disediakan
                 6.                  20º - 30º adalah sesuai untuk telur meletas
                 7.                  pengeraman selama 3 minggu kepada 3 bulan

  5.         Pemakanan

 Anai-anai memakan bahan-bahan yang mengandung selulos. Dalam mencari bahan selulos, kadang-kala mereka merosakan bahan-bahan lain seperti plastik atau bahan-bahan insulasi. Barangan ini dirosakkan mungkin kerana menghalang mereka untuk bergerak.

Bahan binatang yang mereka makan ialah anggota koloni lain (bahan yang mengandungi protin yang tinggi)   Selepas bahan selulos di punggut, ianya dibenarkan kulat bertindak sebelum selulos itu dimakan.

6.         Faktor biological & Tabiat yang Penting (lihat carta 5)
           
            Makanan di edarkan dari satu individu kepada individu lain melalui mulut atau anus.
           
            Kumbuhan digunakan untuk membuat sarang atau dibuang sebagai palet najis  (tahi bubuk)

            Permusuhan bahan-bahan bukan selulos:
            Bahan-bahan bukan selulos tidak akan melalui usus, tetapi digunakan
            Sebagai bahan binaan terowong bawah tanah.
           
            Pernerbangan Beramai-ramai (swarming)
            Berlaku beberapa kali setahun dalam dan memakan masa selama
            Beberapa jam.

PEMERIKSAAN MENCARI ANAI-ANAI/ MENGENAL PASTI KEROSAKAN PADA KAYU

Apa yang perlu di perhatikan
(parameter)
Anai-anai Kayu Lembap:-

Perhatikan kepada:-

v      kerosakan pada kayu
v      kelembapan pada kayu
v      lubang-lubang dalam kayu
v      pellet besar(tahi bubuk berdekatan dengan kayu dimana terdapat sarang
v      sayap yang ditinggalkan oleh kelkatu.
Di mana perlu di perhatikan
(parameter)

Dimana didalam bangunan dapat di lihat ;
Anai-anai kayu kering(drywood termite):

Perhatikan kepada:-

v      kerosakan pada kayu
v      lubang-lubang dalam kayu
v      pellet halus (tahi bubuk) berdekatan dengan kayu diman terdapat sarang
v      sayap yang ditinggalkan kelkatu
v      saluran pada permukaan kayu  (sifat anai-anai kayu kering)

atas siling atau alang
Di mana perlu di perhatikan
(parameter)

Dimana didalam bangunan dapat di lihat ;

Anai-anai dalam tanah (subterranean):

Perhatikan kepada:-

v      kayu yang lembab
v      kayu yang bersentuh dengan tanah
v      sayap yang ditinggalkan oleh kelkatu
v      terowong tanah yang dibina di atas permukaan struktur.

Dekat dengan tapak, dinding, atau pada paras tanah

        KAEDAH-KAEDAH MENGAWAL ANAI-ANAI

1.           Penghadang anai-anai:
     
      -----di syorkan untuk kawalan jangka masa panjang
      ------objektif ialah untuk mengadakan satu halangan kimia dibawah dan     
      Sekililling bangunan agar anai-anai tidak dapat memasuki dalam
       Kawasan.

       Ada 2 cara:

                                             I.      Rawatan anai-anai pra-pembinaan  

------dilakuakan semasa bangunan baru di bina
------semburan racun anai-anai dan/cerucuk (rodding)
------memebawa kepada warranty yang panjang, dan juga pemeriksaan
  
                                           II.      Rawatan anti anai-anai pos-pembinaan

------dilakukan setelah bangunan telah disiapkan
------menggerudi lubang pada sebelah atau dua belah perimeter   dinding pada jaraktertentu dan menyuntik racun dalam anai-anai pada setiap lubang ,lubang kemudian ditutup kembali.
------memebawa jaminan yang pendek dan pemerisaan (adakal jaminantidak diberi pada tempat-tempat yang berisiko tinggi)

2.       Rawatan setempat (setompok)

               I.      Debukan sedikit debu arsenic trioksida (arsenic trioxide) kedalam terowong
              II.      Tujuan ialah untuk meracun berantai melalui tabiat mencuci dan tabiat carnivorus (makan anggota badan rakan yang sudah mati)
             III.      Tinggalkan terowong seperti sediakala (tidak dirosakkan)
             IV.      Pemeriksaan susulan seminggu selepas rawatan untuk menentukan keberkesanan.
             V.      TIDAK ADA JAMINAN AKAN INFESTASI BARU (TIDAK BERLAKU)

3.       Rawatan kayu

2 cara:

1.      Cara Kekal
         -----penyerapan tekanan (“pressure impregnation”); {celcurising or
         Tannalising}
         -----kayu akan Nampak kehijauan

        2.      Cara superficial
------semburan /mengecat  woodwore fluid/ Creosote
------untuk menambahkan kebersanan lakukan dua lapis

MENGENALPASTI KEROSAKAN PADA KAYU

1.                            PEROSAK KAYU BUKAN ANAI-ANAIB
SERANGGA
MENGECAM KEROSAKAN
1.1    Semut
             Contoh:semut tukang
Terowong sedikit, melintasi urat, licin dan terowong bersih: kayu di camapak diluar (tidak makan)
1.2    kumbang
             contoh:Ambrosia (bubuk kayu)
Lubang bulat, bujur dan terowong dipenuhi dengan najis; terowong melintasi jalur (urat)

2.                            ANAI-ANAI

SERANGGA
MENGECAM KEROSAKAN
2.1 Anai-anai kayu lembap
Rupabentuk bergantung di atas sejauhmana kereputan dan kelembapankayu:-
a)     kayu yang sangat reput:galeri- galeri besar dan memotong urat kayu.
b)     Kayu elok:galeri-galeri sempit dan berlaku dalam kayu lembut (spring wood)(semut tukang – carpenter ants)
Permukaan dalam bentuk velvettetapi tidak licin seperti 1,dan permukaan 4 kadangkala dipenuhi degan najis: pellet seakan bulatapabila kayu sangat lembap.
2.2 Anai-anai kayu kering
Ruangan lebar yang banyak di sambungkan dengan laluan sempit  yang selalu melintasi urat. Permukaan dalam terowong licin dan bersih. Pellet najis seperti biji poppy, dengan sebelah nya licin atau konkave di asingkan oleh 6 ridges
2.3 Anai-anai subterranean(dalam tanah)
Pada awalnya, terowong mengikut kayu lembut. Tetapi setelah infestasi tinggi, semua bahagian kayu dibuang dan digantikan degan karton.kayu yang dalam kelihatan basah (blotchy) dan tidak sama di sebabkan tekanan oleh karton.
Nota WDI = Wood Destroying Insects

STRATEGI KAWALAN
JENIS KAYU
STRATEGI
Kayu Lembap
v     Hapuskan semua sumber kelembapan dengan membaiki kebocoran, plumbing, memutuskan sentuhan kayu/tanah, (sentuhan kayu /tanah membolehkan kelembapan meresap ke kayu)
Kayu Kering
v     Buangkan kayu yang rosak
v     Rawat cara  pengasapan untuk menghapuskan infesti Yang ada  Menyucuk racun anai-anai sakibaki menghapuskan infestasi yang ada dan menghalang daripada infestasi akan datang
Subterranean
v     Hapuskan laluan-laluan daripada tanah kepada kayu dengan cara menghapuskan sentuhan kayu/tanah atau bubuh halangan racun anai-anai pada kayu /permukaan tanah
(apabila laluan dengan tanah dihapuskan ,anai-anai subterranean akan mati)

SEBAB-SEBAB KEGAGALAN UNTUK MENGAWAL ANAI-ANAI

1.         Perhalang/ penghadang anai-anai
            ------ada pergerakan tanah menyebabkan halangan kimia terputus
            ------sarang diatas (siling)
            ------koloni diluarmelintasi halangan kimia
            ------rawatan yang tidak sempurna

2.         Debu arsenik tidak dibancuh dengan sempurna
            ----Pendebuan di lakukan ke atas terowong yang telah tidakdigunakan
            Lagi
            ----pendebuan yang tidak cukup , terutama kepada koloni yang besar
            ----kurang / tidak ada pemeriksaan dan rawatan susulan
            ----koloni yang banyak(multi)

JENIS ANAI-ANAI DAN TABIAT MEREKA

Kayu lembap
Kayu kering
Dalam tanah(subterranean)
Lokasi barang
Didalam kayu lembap
Dalam kayu kering dan sudah lasak
Di dalam tanah
Suhu dan keperluan kelembapan
Sentiasa dalam keadaan lembap
Dikawasan gurun keara keadan lembap rendah
Dalam pelbagai jarak suhu
Penyebaran disini
Tiada disini
Malaysia, sabah sarawak, singapura, brunei
Semenanjung Malaysia, sabah, Sarawak, singapura, Brunei.
Terowong ke tanah
Tidak perlu kerana keperluan kelembapan didalam kayu
Tidak perlu kerana keupayan mereka hidup dalam keadaan kelembapan yang rendah
Perlu sebab tanah adalah sumber pemakan yang berterusan
Saiz penerbangan beramai-ramai
saiz terbesar di antara ketiga-tiga jenis
Hampir sama
Warna kelkatu
Perang muda
Perang gelap
Waktu penerbangan beramai-ramai
Waktu subuh
Waktu malam
Siang hari dan senja

BIOLOGI DAN KAWALAN

FAEDAH MENGAWAL LIPAS

Mengelak daripada kehilangan keyakinan (kepercayaan)
Menghalang daripada kontaminasi dan pencemaran makanan
Menghilangkan daripada merebak penyakit, contohnya salmonellosis 
Menghalang dari kerosakkan, buku-buku, barangan kulit, gambar-gambar, kuih muih, (lipas adalah omnivorous-tidak memilih makanan)
Melegakandaripada kegelisahan dan ketakutan
Memperbaiki perhubungan pekerja dan majikan (kesan kepada produktif)

SIFAT-SIFAT LIPAS

Kelasfikasi:                    Philium          Arthropda
                                          Kelas             Insecta
                                          Order             Dictyoptera
                                          Sub-order     Blattaria
Sejarah:

Llipas tergolong dalam kumpulan serangga yang tinggal kekal tidak berubah lebih 200 juta tahun. Mereka adalah sub-tropikal dari semula jadi. Lipas kini telah mengambil faedah daripada  bangunan dan pemodenan manusia yang telah memanaskan dan menghawa dinginkan bangunan yang mereka duduki. Lipas juga terkenal dengan kejayaan mereka merantau jauh daripada tempat asal.

Kitaran hidup:

Lipas mempunyai kitaran hidup yang tidak lengkap:  iaitu semua peringkat melalui peringkat nimfa yang mana saiz nya lebih kecil daripada rupa dewasa (tiada peringkat larva dalam kehidupan hidup)

Tabiat pemakanan
Lipas adalah omnivorous,mempunyai bahagian mulut menguyah dan senamg memakan makanan cair atau pejal.
Spesies Perosak
Spesies yang dijumpai di Malaysia (lihat di carta 2)
Blatella germanica (lihat di carta 3)
Periplaneta amerikana(lipas amerika)lihat carta 4)                                                 Kadangkala, lipas brown-banded cockroach (supella longilpalpa) juga dijumpai (lihat di carta 5)

Sifat-sifat yang dapat dibezakan di antara spesies-spesies
B.Germanica dapat dibezakan melalui dua garisan longitudinal selari pada pronotum mereka
Walaupun  saiz yang hampir sama dengan lipas German, lipas jalur- perang (brown-banded) boleh dibezakan dengan lipas German melalui 2 garisan berwarna krim yang melintasi diatas belakang abdomen, (jalur ini lebih jelas pada nimfa tetapi putus-putus atau tidak sam pada dewasa.
 P.Americana adalah terbesar antara 3 spesies , yang mudah dikenali dengan warna perang kemerahnnya, pronotum berbentuk daun-clover, dan saiznya.

SEJARAH HIDUP DAN TABIAT
1.      Pembiakan (carta 8)
1.1    Lipas menghasilkan karung tyelus yang dipanggil ootheca, diman telur akan melalui proses pembesaran (peertumbuhan) sehingga peringkat nimfa dan seterusnya bersedia tuk menetas. Di dalam keadaan cuaca yang sesuai, lipas akan membiak sepanjang tahun. Jika sebaliknya, proses pertumbuhan daripada telur sehingga dewasa akan mengambil masa yang lebih lama.
1.2    Diantara ketiga jenis lipas, lipas German mempunyai potensi membiak yang paling tinggi disebabkan:
a.      Bilangan jumlah telur yang banyak
b.      Masa meletas dan pertumbuhan yang lebih cepat
c.      Perlindungan yang diberikan oleh dewasa betina kepada karung telur. Dewasa betina sentiasa membawa telur kemana ia pergi sehingga telus menetas.ini memberi peluang yang baik berbanding dengan spesies seperti P.Americana
2.      Peredaran dan Pergerakan
2.1    Semua jenis spesies mempunyai badan yang leper yang membolehkan mereka menyorok dalam tempat yang retak dan rekah.       
2.2    Lipas German akan berhimpun slam kumpulan selepas menetas dan akan menetap dalm persekitaran yang dipilih oleh dewasa betina. Lipas amerika pula akan beredar / bertaburan luas.
2.3    Lipas German biasanya dijupai ditempat-tempat  yang suhu nya panas dan tnggi kelembapan(contohnya dapur, laundry dan premis-premis memproses makanan). Juga terdapat di celah-celah, retak-retak atau rekah-rekah yang berhampiran sumber makanan dan air. (mereka menghabiskan 75% masa mereka di tempat berselindung)
2.4    Lipas German mempunyai pad pada kaki yang membolehkan mereka memanjat semua jenis permukaan dengan mudah. Sebab itu mereka juga boleh dijumpai lebih tinggi daripada aras lantai.
2.5    Lipas amerika mudah dijumpai ditempat-tempat yang gelap, lembap seperti longkang atau pembetuan najis, atau basemen. Mereka juga juga menghuni ditempat membuang sampah.
2.6    Lipas jalur-perang (brown-banded) memerlukan makanan yang mempunyai kandungan kelembapan yang rendah; dengan itu mereka dijumpai dalam bilik dan kurang di dapur. Mereka juga tidak suka kepada cahaya, oleh itu ianya jarang dijumpai pada siang hari.
2.7    Deria:
Hampir kesemua deria lipas terdapat di bahagian kepala. Sesunggut mempunyai sentuhan dan penerima pheromone. Penerima kimia terdapat dalam bahagian mulut(lipas suka kepada makanan yang manis dan berkanji).cahaya dan pandangan di terima melalui mata lumpuan dan mata simple.

2.8    Mencuci
Lipas mencuci badan mereka dengan menggunakan mulut. Ini adalah cara utama racun memasuki badan mereka(ditelan)

MEMERIKSA DAN MENGESAN LIPAS
Perhatikan perkara-perkara berikut semasa menjalankan pemeriksaan dan mengesan lipas:
1.      Tanda-tanda lipas (atau pun tanda najis)
1.1      Sesungguhnya infestasi lipas di sesuatu temnpat adalah tinggi, mereka mungkin akan bersembunyi pada siang hari, tetapi tanda-tanda najis akan masih Nampak pada semua permukaan di mana mereka berjalan. Tanda najis bukan tanda muntah, tetapi najis cair yang mudah di lihat.
1.2      Najis mereka berwarna perang, berbentuk tidak menentu dan kerapkali berbentuk jalur. Najis lipas lebih besar daripada tanda bulat tahi lalat.
1.3      Najis banyak di jumpai pada sudut lanatai-dinding dan sudut lantai-siling berdekatan dengan sarang mereka.

2.      Sarang/tempat perlindungan yang di sukai:
Walaupun lipas dapat di temui setiap masa, tempat-tempat yang mereka sukai dan lokasi yang perlu selalu di periksa adalah seperti berikut:
2.1      Di dapur-dapur kesan lipas German dibawah dan belakang sinki, dan ketuhar. Cari di sekitar paip terutama paip yang melintasi dinding. Lihat dalam kabinet-kabinet, almari, bawah meja, dalam laci (keluarkan dan periksa diseluruh tempat). Periksa juga plaster yang renggang (terkupas), panel, wallpaper, skirting, belakang gambar, belakang papan tanda. Setiap retak kecil perlu di anggap sebagai potensi tempat berselindung.
2.2      Sekiranya dapur di hubungi dengan bahagian bangunan melalui saluran pengudaraan (saluran penyaman udara), ini perlu di periksa. Troli makanan yang digunakan untuk penyajian di bilik-bilik atau tempat lain perlu di periksa dan di rawat
2.3      Rawatan yang berkesan bergantung kepada menjejak keseluruhan infestasi yang akan datang, dan juga aduan yang akan kita terima! Periksa semua lubang masuk dari bilik ke bilik dan premis berdekatan.di bangunan yang besar, sila dapatkan plan system saluran kerana ini akan membantu mengesan infesti.
2.4      Lipas biasanya menghadap ke depan daripada tempat persembunyian mereka. Perhatikan lambaian sesungut dari celah-celah tempat persembunyian.                             
                                                                            
3.      Pelet-pelet Najis
3.1      Najis lipas bersaiz kecil kurang daripada 1-2 mm panjang dan berbentuk silinder, berwarna perang atau hitam. Kadangkala saiznya yang besar akan disangka najis anak tikus.
3.2      Najis dihsilkan dalam keadaan dimana air susah di perolehi oleh lipas.
3.3      Najis-najis di jumpai di atas lantai atau permukaan horizontal dibawah tempat mereka bersarang, dan diatas sudut-sudut lantai-dinding dimana lipas lalu.
4.      Karung telur (oothecae)
Karung telur lipas German yang kosong selalu terselindung dalam sarang , tetapi mungkin akan jatuh kebawah di dalam almari, pemanas, dan perhiasan-perhiasan. Jarang kita dapat jumpa karung telur lipas German yang belum menetas, ini disebabkan karung-telur di bawa oleh dewasa betina setiap masa sehingga sebelum menetas.
5.      Lupasan kulit-kulit nimfa
Kulit ini ringan dan mudah di tiup angina. Kulit-kulit ini akan di temui berdekatan dengan sarang lipas. Biasanya ia akan dimakan oleh lipas-lipas lain.
6.      Lipas hidup
Lipas hidup tidak begitu kelihatan pada waktu siang hari. Walaubagaimanapun, sekiranya aerosol yang mengandungi pyrethrin digunakan, kita boleh mem “flush” mereka dari tempat-tempat yang kita syaki. Pada waktu malam , kita mudah melihat dari mana mereka keluar , itu pun kadangkala memerlukan aerosol untuk menghalau (flush)mereka keluar.
7.      Bau
Lipas mempunyai satu bau yang kuat. Bau nya sangat busuk dan berpanjangan.
8.      Serang ulang
Lipas dapat menyerang ulang satu-satu premis bila-bila masa sahaja melalui bahan-bahan makanan yang dibawa masuk. Sekiranya serang ulang di syaki, dapatkan maklumat daripada pelanggaan sumber bekalan yang di perolehi. Mungkin kita pula akan mendapat satu lagi kontrak dengan pembekal.

PERSEDIAAN/PENGUMPANAN & CARA MENGAWAL LIPAS
Cara-cara Mengaplikasi
Terdapat beberapa bentuk cara merawat dan mengawal lipas yang di kenalpasti berkesan:
Semburan sakibaki (retak & rekah, ada juga semburan jalur)
Semburan debu
Pengumpanan (letak umpan dalam bekas)
ULV (cold fogging)
Mengecat (menggunakan penyapu cat atau roller)
Pemantauan (monitoring
Untuk pemantauan sejauh mana infesti lipas di sesuatu premis, gunakan pebgesan lipas (CD). Adalah di ingatkan, pemantauan (monitoring) bukanlah penganti cara mengawallipas yang perlu dilakukan seperti mana yang di sebutkan dalam 1.
Rawatan Awal (Pertama)(lihat carta)
3.1 Sembur racun didalam retak &rekah pada dinding, sambungan dinding-lantai, perabut dapur, bingkai pintu dan lain-lain tempat sesuai di duduki oleh lipas dalam bilik atau dapur. Gunakan alat untuk retak & rekah dengan penyembur b&g anda. Semburan jalur hendaklah di hadkan di mana semburan retak & rekah tidak dapat dilakukan. (untuk semburan jalur, pilih nozel semburan yang berbentuk kipas)

Sekiranya terdapat kaviti(ruanagn)sarang yang besar dan dalam, guna racun debu.
Dimana debu, atau semburan tidak sesuai, contohnya kotak/ panel suis, gunakan umpan dalam tray atau umpan gel.
Racun cecair boleh juga di gunakan dengan menyapu  (penyapu cat atau roller di tempat-tempat yang terhad di mana semburan akan menyebabkan masalah  keselamatan atau akan menyebabkan kerosakan peralatan. 

3.2 Selepas semburan sakibaki dilakukan, semburan ULV dengan mengunakan racun yang mengunakan racun yang mempunyai kualiti flushing (contoh cislin 2.5 EC) di gunakan bagi menamatkan rawatan. Semburkan ruanagan di dalam siling tergantung, lantai (platform), atau pada paras lantai. Tutup kawasan yang di rawat selama 4 jam, dan kemudian lakuakan pengudaraan. Pastikan segala producer keselamatan di lakukan dan pekerja di beritahu awal tentang kawasan yang akan di rawat.   
Rawatan susulan
Lakukan ini 1-2 minggu selepas rawatan pertama. Periksa dan lakukan rawatan sekira perlu.
Rawatan seterusnya
Sekiranya infestasi lipas masih ada, kita mesti terima hakikat yang kawalan kita masih gagal (tidak atau kurang berkesan). Periksa sekali lagi dan lakukan rawatan awal dan raawatan susulan.
Menyediakan Umpan-umpan untuk kawalan lipas (lihat carta) :

            BAHAN-BAHAN UNTUK MENGAWAL LIPAS
BAHAN
CAMPURAN
KONSENTRASI DI GUNAKAN
JENIS APLIKASI DAN LOKASI DI APLIKASI
.Alpha cypermethrin SC (Fendona SC)
Campur 150 ml dengan air sehingga unit semburan B&G penuh (kadar campuran =1:25)
0.06%
Retak & rekah dengan alat retak& rekah. Permukaan yang terlindung, dalam laci dan cabinet dan dibawah sinki di dapur guna nozelbentuk kipas
.propuxur EC (Baygon EC)
Campur 90 ml dengan air sehingga unit semburan  B&G penuh (kadar campuran =1:40)
0.5%
Seperti diatas
.fenitrothion WP Sumitjion 40 WP
Campurkan 95 g dengan air sehingga unit semburan B&G penuh (kadar campuran 1:40)
1.0%
Seperti di atas , TETAPI JANGAN pada permukaan hiasan dan alkali (contoh terrazzo)
.umpan propuxur umpan lalat baygon
Sedia di gunakan (RTU)
1.0%
Letakan umpan dalam bekas berdekatan dengan sarang atau dimana lipas kelihatan merayau-rayau
.hydramethynon umpan gel siege
Umpan gel (RTU)
2.0%
Sebagai rawatan tompok atau rawatn rekah/retak
.cyfluthrin DP
Sedia digunakan (sudah dicampurkan oleh penyelia atau teknisyen)
1.0%
Ruangan kering (dinding & kaviti lntai belakang panel, timbunan sampah)
Nota:         R & R              =          Retak & Rekah                                                                      1 b& g sprayer     =          1 gelen US = 3078 liter air                                      RTU                            =          ready-to-use                                           
SEBAB-SEBAB KEGAGALAN MENGAWAL LIPAS
1.      Kegagalan Menentukan Sejauhmana Infestasi Lipas
Sebab utama kita gagal mengawal lipas ialah kegagalan kita mengesan sarang lipas. Pemeriksaan yang rapi, atau pemeriksaan pada waktu malam, atau pun penggunaan pengesan lipas CD, akan dapat mengesan kesemua lokasi infestasi.
2.      Kegagalan Meletak/Menyembur Racun ke Tempat Persembunyian/Sarang
2.1     Kawalan berkesan bergantung kepada terdapatnya racun sedikit          pada    tempat-tempat yang di duduki/ berselindung lipas(guna) alat retak &rekah). Igat semburan jalur adalah membazir, bahaya dan tidak begitu berkesan.
2.2       pendebuan dengan serbuk debu (SD) di tempat-tempat terlindung  juga berkesan. Pendebuan yanag baik dapat memberi kesan kawalan selama seminggu atau sebulan.
3.      Kerjasama Pelanggan yang tidak Cukup/Memuaskan
      
4.1 pelanggan kadang-kala tidak peka akan kebersihan tempat mereka,atau pun tidak memberi maklumat yang lengkap atau pun kebebasan melakukan rawatan kedalam semua bahagian dalam premis kepada teknisyen.
4.2 Ini biasanya ada kaitan dengan tiada kefahaman berhubung dengan masalah lipas.        
5.      Kekurangan Kepintaran
Terdapat banyak tempat persembunyian atau sarang seolah-olah tidak dapat di rawat. Tetapi sekiranya di gunakan sedikit kepintaran, masalah ini dapat di atasi,contohnya meminta kebenaran Pelanggan menebuk lubang kecil pada dinding atau lantai,kemudian semburan serbuk debu (SD) dapat dilakukan.
6.      Infestasi Ulangan
Awasi akan infestasi baru pada tempat-tempat yang sebelum ini tiada serangan. Ini boleh berlaku apabila barangan yang dibawa masuk ada terdapat lipas dewasa dan telur. Infestasi ulangan boleh juga berlaku melalui dinding-dinding bersebelahan.  
7.      Kekebalan Pada Racun Perosak
7.1      kegagalan untuk mengawal lipas seringkali disalahkan pada   kekebalan pada racun yang telah di gunakan. Tetapi biasanya  kegagalan mengawal lipas adalah kerana rawatan yang tidak sesuai  atau tidak mencukupi.
7.2      Kekebalan berlaku pada racun organoklorin , dan terdapat strain  lipas german yang kebal kepada beberapa racun kumpulan organofosfat dan karbonat (pirethrin??)telah di jumpai.

KEPERLUAN PERALATAN KHAS UNTUK MEMERIKSA LIPAS
a.      Lampu picit (suluh)yang baik
b.      Buku nota
c.      Cermin mekanik
d.      Aerosol pembilas (flushing)
e.      Perangkap melekit
Apabila lipas di jumpai,mereka akan di periksa dengan tiga caraseperti berikut
Mengira dengan mata kasar
Mengira dengan mata kasar memerlukan teknisyen memeriksa kawasan persembunyian lipas dengan teliti dan membuat pengiraan bilangan lipas dengan mata kasar. Dia akan merekod segala butiran dengan terperinci dan membuat peta infestasi.
Membilas (flushing)dan mengira
pemeriksaan dengan pembilasan dan pengiraan dilakukan dengan mengunakan agen pembilas untuk mengeluarkan lipas dari retakan/ tempat persembunyian. Bilanagn lipas yang di halau keluar akan di kira. Kaedah ini amat sesuai untuk mencari lipas pada lokasi yang mempunyai infestasi yang rendah.
Menggunakan perangkap
Dengan kaedah perangkap, terdapat dua jenis perangkap yang utama, iaitu perangkap hidup dan perangkap bunuh. Bergantung kepada keperluan , perangkap yang sesuai haruslah di pilih. Antara tiga kaedah pemeriksaan, dikatakan kaedah perangkap ialah kaedah terpenting dan berkesan sekali.
                                 I.      Perangkap jar kaca ialah perangkap buatan sendiri yang berumpankan roti dan beberapa titik madu (manisan). Ia berkesan untuk menangkap lipas Amerika dan lain-lain spesies yang besar.
                               II.      Perangkap melekit ialah perangkap bunuh. Perangkap ini mudah di perolehi dimana-mana dan boleh menjadi teknik pemantauan (monitoring) dan peninjauan yang baik.ia boleh di gunakan untuk menentuan tempat bersembunyi dan pola pergerakan lipas.teknik ini amat sesuai untuk lipas-lipas jenis besar.
                              III.      Bagi mendapat data yang tepat and berkesan, perangkap hendaklah di letakkan di tepi dinding, ataupun pada sudut antara dua dinding. Bilangan perangkap yang diperlukan bergantung kepada betapa seriusnya infestasi lipas tersebut.
                           IV.      Bilangan lipas yang terperangkap setiap perangkap itu di jumlahkan san jumlah keseluruhan yang didapati di bahagi dengan bilangan perangkap yang digunakan untuk mendapat purata lipas per perangkap. Purata  ini akan menjadi asas untuk perbandingan purata lipas kawalan untuk meninjau kebersanan kawalan.

MENGINTERPRITASIKAN DATA PERANGKAP
Arah lipas yang terperangkap membolehkan kita mengesan sumber makanan dan tempat persembunyian. Maklumat infesti boleh di interpretasikan seperti dibawah:
            Infestasi baru :           lipas dewasa sahaja
            Infestasi serius          :           pelbagai peringkat dan jantina
            Berdekatan tempat : nimfa yang banyak persembunyian

            Skima infestasi:
            0-5ekor           :           infestasi rendah
            6-20ekor        :           infestasi sederhana
            21-100ekor    :           infestasi tinggi
            Melebihi         :           infestasi amat tinggi 101 ekor
JENIS PERMUKAAN
Permukaan berporos atau berliang -  semburan serbuk bash sesuai
Permukaan tidak berporos (jubin putih) – mana-mana formulasi sesuai

KESUAIAN FORMULA:
Kitar hidup dan tabiat lipas haruslah di ketahui sebelum memilih jenis formulasi. Contohnya lipas German yang mempunyai tempat persembunyian di antara retak& rekah, adalah  kurang wajar sekiranya semburan di lakukan pada tempat persembunyiannya. Ini adalah kerana semburan biasa tidak akan dapat  mengenai nimfa yang bersembunyi dalam tempat sedemikian. Untuk keadaan sebegini , pengunaan racun umpan gel digalakkan. Dalam keadaan dimana data menunjukan banyak betina gravid (bertelur), umpan gel tidak sesuai kerana betina gravid biasanya tidak makan dan minum. Kaedah penggunanaan semburan pula yang lebih sesuai.

RUPABENTUK / BIOLOGI / TABIAT SPESIES PEROSAK

NAMA SAINTIFIK
NAMA BIASA
BLATELLA GERMANICA
LIPAS GERMAN
SUPELLA LONGILPALPA LIPAS BROWN-BANDED
PERIPLANETA AMERIKANA LIPAS AMERIKA
Rupa bentuk
Saiz
12-15 mm panjang
10-15 mm panjang
28-44 panjang
Warna
Perang dengan 2 jalur gelap pada toreks
Kuning-perang
Merah-perang berkilat dengan kuning muda pada tepi pronotum
Biologi
Karung telur
Dibawa oleh betina dewasa sebelum menetas
Diletakan selepas 1 hari : selalu di semenkan ke permukaan; sebaran meluas
Diletakan dalam masa 6 jam hingga 3 hari
Telur per karung telur
4-8
1-18
Lebih dari 30
Karung telur dihasilkan per betina
35-40
16
14-28
Masa menetas
1 bulan
1-2 bulan
1 bulan
Gelupas kulit
5-7
6-8 bulan
7-13
Masa untuk tumbesaran dari telur ke dewasa
7 minggu kepada 6 bulan
5 1/2 bulan
5-12 bulan
Tabiat
Habitat
Premis yang pana/ hangat, suka pada kelembapan tinggi
Premis yang panas, tersebar luas di tempat kawasan kering
Sekeliling yang lembap dan panas, contoh longkang, pembentungan, saluran paip
Makanan pilihan
Omnivorous
Omnivorous
Omnivorous
Pergerakan
Berlari
Berlari
Berlari (mungkin terbang pada suhu tinggi)
Tabiat
Nocturnal
Nocturnal
Nocturnal

Makhluk Perosak di Tempat Penyimpanan

OBJEKTIF
Bertujuan memberi pemahaman dan pengetahuan tentang kepentingan ekonomi dan tabiat biologi makhluk perosak yang biasanya berkaiatan dengan produk simpanan dalam usaha untuk mengawal melalui pengurusan makhluk perosak bersepadu.

PENGENALAN
Terdapat begitu banyak makhluk perosak bagi produk simpanan yang boleh ditemui di Negara ini. Bahagian ini walau bagaimanapun membincangkan serangga-serangga produk simpanan paling umum biasanya didapati  di dalam gudang, logi pemprosesan, kilang, stor kedairuncit, dan rumah yang menyerang produk kering seperti bijian , produk bijiran yang dikilangkan, rempah ratus, buah-buahan kering, herba, dll.

Serangan Serangga produk simpanan boleh berpunca daripada barang keperluan yang dipenuhi olehnya di dalam gudang, dari retak dan rekahan atau serangga-serangga yang terbang ke dalam bangunan dari gudang atau kilang berhampiran ataupun dibawa masuk dalam barangan atau produk yang baru di import.

KEPENTINGAN EKONOMI
Makhluk perosak di tempat penyimpanan lebih sukakan pilihan makanan yang berlainan untuk menyesuaikan dengan keperluan pemakanannya. Bergantung kepada keperluannya, makhluk perosak-makhluk perosak boleh dikategorikan sebagai:

·        Makhluk perosak primer. Ia boleh memakan seluruh bijian yang baik dan tersimpan dengan sempurna. Contoh: kumbang,pengorek bijian yang sederhana (rgizopertha dominica), rama-rama bijian angmois (sitrotroga cerealella)
·        Makhluk perosak sekunder. Ia hanya boleh menyerang bijian yang pecah , lembap, bijjian lembut, dan bijian yang dirosakkan oleh makhluk perosak primer atau produk yang di proses seperti tepung. Contohnya: cacing makanan kuning atau gelap, kumbang tepung.
·        Serangga menandakan kulapuk. Hidup sebahagiannya atau keseluruhanya atas kulat dan kehadirannya selalu berkait rapat dengan kelembapan. Contoh: kumbang kulat hitam (Alphitobius diaprinus), kumbang bijian (ahasverus advena).
·        Pembangkai. Sebahagian besarnya hidup atas habuk, tahi serangga lain atau serangga yang telah mati. Mereka tidak selalunya memakan produk yang disimpan itu sendiri tetapi kerap menimbulkan masalh pencemaran yang serius. Contoh: kutu habuk /hama, kumbang tepung, kumbang bijian leper, kumbang bergigi-gergaji, rama-rama tepung Mediterranean.
·        Pemangsa. Hidup sepenuhnya atau sebahagiannya atas serangga, terutamanya atas larvanya. Contoh: kumbang/’cadelle’ gandum (tenebroides mauritanicus)

Kebanyakan makhluk perosak di tempat penyimpanan bolh menembusi timbunan karung lebih cepat dan menyeluruh berbanding timbuanna pukal kerana terdapat pukal kerana terdapat ruang antara karung-karung. Saiz, tekstur  permukaan dan zat makanan di dalam bijian mempengaruhi keupayaan serangga untuk menyerang barang keperluan itu. Ini juga berlaku bagi bahan-bahan berbungkus dan kedudukan stor itu sendiri.

SPESIES MAKHLUK PEROSAK YANG BIASA DI TEMPAT PENYIMPANAN DIMALAYSIA
        Kumbang belalai semua kumbang belalai dewasa dicirikan melalui tetingkat yang menjulur ke hadapan, iaitu sambungan dari kepala seperti muncung yang membawa bahagian mulut. Sesungguhnya berbentuk siku apabila tidak bergerak. Larvanya tidak berkaki.
   
Kumbang ini di panggil “kumbang belalai” atau kumbang muncung.    Kumbang belalai ialah makhluk perosak bijian simpanan yang paling banyak mendatangkan kemusnahan di dunia. Kumbang belalai beras dan kumbang belalai jagung seakan-akan sama anatara satu sama lain. Kedua-duanya mempunyai satu ciri rostum (sambungan kepala ke hadapan seperti muncung) dan sesungut berbentuk siku. Kedua-dua spesies mempunyai tanda bundar merah-oren di atas elytra. Untuk memembezakan kumbang belali beras dengan kumbang belalai jagung memerlukan ujian genitalia (organ seks). Larvanya tidak berkaki dan biasanya terdapat di dalam bijian bijiran yang telah di korek.

Biologi dan Tabiat. Kumbang belalai dewasa hidup lamam (beberapa bulan – 1 tahun) dan telur dihasilkan hampir sepanjang kehidupan kumbang dewasa, dan sehingga 150 telur dihasilkan oleh setiap betina. Telur-telur dihasilkan secara individu di dalam lubang yang digigit ke dalam bijian bijiran. Jangka masa pengeraman  ialah lebih kurang 6 hari.

Apabila menetas, larva mula makan di dalam bijian, dan keseluruhan proses tumbesaran berlaku dalam bijian. Keseluruhan tempoh perkembangan akan mengambil dari 35 hingga 100 hari dalam keadaan optimum. Kumbang belalai dewasa merupakan penerbangan yang aktif.

Serangan ke atas Bijian yang disimpan. Serangan produk kerap bermula di ladang dan cenderung untuk berlanjutan ke dalam stor.

Larva membuat terowong di dalam bijian yang akan memusnahkan lebih kurang 50 mg. dalam jagung, endosperma dan embrio bijian yang terdedah aka membawa kepada serangan oleh perosak sekunder. Kumbang dewasa boleh menembusi secara meluas di dalam bijian pukal dan berkarung. Karung kain bertenun (karung guni) mudah di tembusi. Kumbang dewasa akan muuncul dan yang ingin keluar juga boleh menembusi kertas yang nipis dan helaian plastic.

Persampelan dan pemerangkap. Kumbang dewasa boleh di perangkap dengan perangkap terbang dan perangkap karung. Ganguan terhadap bijian (contoh: dengan menjatuhkan atau menendang karung_akan menyebabkan kumbang dewasa berpindah ke atas dan mendedahakan diri di permukaan.

        Pengorek Bijian Sederhana (Rhyzopertha  Dominica)

Kumbang dewasa berukuran  2-3 mm panjang. The pronotumnya berbentuk bulat di hadapan di mana satu barisan gigi merintang, di bahagian tengah dan agak kebelakang terdapat tubekel yang rata. Kepalanya tersembunyi di bawah protoraks. Elytra mempunyai barisan tetap serta (bulu) yang mendap dan pendek. Warnanya terdiri daripada warna coklat-merah dan coklat-hitam.larva yang berwarna putih dan mempunyai tetapi yang selari. Kakinya yang menonjol.

Sejarah Hidup dan Tabiat. Kedua-dua dewasa dan larva berupaya mengorek dan memakan berbagai-bagai jenis barang keperluan. Kumbang betina lebih suka bertelur di dalam rekahan di atas permukaan biji benih yang kasar. Setelah muncul, larva akan menggunakan rekahan yang halus sekalipun untuk masuk kedalm bijian. Perkembangan larva adalah lebih cepat di atas bijian berbanding di atas tepung. Pupa boleh terbentuk dalam masa 14 hari, dan peringkat pupa berakhir dalam masa tiga hari.

Kumbang dewasa akan mengawan sebaik sahaja muncul dan menghasilkan telur sehingga 4 bulan. Kitaran hidup mengambil masa selama lebih kurang 25 hari dalam keadaan iklim kita. Kerosakan dilakukan oleh kumbang dewasa dan larva yang membesar di dalam bijian.

Pengawasan Populasi. Kumbang dewasa dan larva pengorek bijian sederhana secara am berselindung di dalam stor memandang kebanyakan masanya dihabiskan di dalam bijian. Penapis karung, “spear sampling” mungkin berguna dalam mengawasi populasinya.

Kumbang Tepung (Tribolium Castaneum)
Kumbang dewasa berukuran 3-4 mm panjang dan berwarna merah-coklat. Larva memiliki dua urugomfi melengkung dan kuat di bahagian kesembilan abdomen.

Sejarah Hidup dan Tabiat. Larva dan kumbang dewasa memakan berbagai-bagai barang keperluan yang tahan lama dan merupakan makhluk perosak bijian sekunder yang penting. Barang keperluan lain yang mungkin diserang oleh kumbang ini termasuklah kacang tanah, kacang, rempah, kop[I, buah-buahan kering, makanan haiwan (anjing, kucing, ayam, burung) seperti kebanyakan kumbang di tempat tempat penyimpanan, kumbang tepung boleh menembusi jauh ke dalam barang keperluan.

Kumbang betina mungkin mengawan banyak kali dan berturutan, sepanjang hayatnya dan mengahsilkan telur yang melekit dalam makanan. Dalam keadaan optima pembesaran dari peringkat telur ke kumbang dewasa mugkin hanya mengambil masa 20 hari. Penyebaran yang Berjaya adalah menerusi kaedah terbang dan tidak bergantung kepada pengerakan produk makanan manusia. Pada lewat tengah hari banyak yang terbang dari permukaankarung yang diserang. Dalam serangan hebat ke atas.produk simpanan, wujud satu imbangan antara yang meninggalkan timbunan dan yang kembali semula ke timbunan :satu peratusan kecil populasi akan sentiasaa berada di struktur stor.

Penjajahan seterusnya ke atas produk simpanan yang baru, yang telahpun dijajah oleh serangga lain, dimudahkan dengan keupayaan kumbang tepung untuk memakan berbagai-bagai makanan dan kejayaannya sebagai pesaing adalah disebabkan oleh kadar pembiakan yang tinggi dan sifat pemangsanya.

Pengawasan Populasi. Pengawasan populasi kumbang tepung boleh dilakukan dengan menggunakan bahan lekit, karung, rekahn, perangkap terbang atau sedut. Perangkap feremon boleh juga digunakan jika ada.

Kumbang Stor Dadah, Kumbang Biskut (Stegobium Paniceum)

Kumabng dewasa: adalah kecil lebih kurang 2-3.5 mm panjang, berbentuk silinder, kumban gcoklat muda ini menyerupai kumbang rokok kecuali elytra berjalur (alur) dan 3 bahagian akhir sesungut besar membentuk suaatu belantan yang longgar. Larvanya berwarna putih.

Sejarah Hidup dan Tabiat. Dari peringkat telur sehingga dewasa mengambil masa lebih kurang 40 hari. Kumbang dewasa  hidup lebih kurang 13-65 hari. Kumbang dewasa adalah penerbang yang aktif, terutamanya pada waktu tengahari dan petang antara 5-10 malam.

Status Makhluk Perosak. Telah dicatatkan keatas pelbagai barang keperluan dan sering merupakan masalh kepada baranagn yang diperoses seperti coklat , konfeksi dan biskut. Ia juga terdapat pada herba dan rempah kering dan sebab itu ia di panggil “kumbang stor dadah”

Pengawsan Populasi. Penapisan dan pensempelan. 

Kumbang Rokok, Kumbang Tembakau (Lasioderma Serricorne)
Kumbang dewasa berbentuk bulat, 2-2.5 mm panjang , berwarna coklat kemerah-merahan. Elytra lembut, tanpa seta (bulu), sesungut berukuran lebih kurang separuh dari panjang badan dan berserat (seperti gergaji). Larvanya berwarna putih.

Sejarah dan Tabiat. telur dihasilkan berurai di atas keperluan. Setiap kumbang betina boleh menghasilkan sehingga 110 telur. Semasa menetas, larva adalah aktif dan akan bergerak sekelilingnya atau mengorek kedalam  barang keperluan sambil makan. Ia akan bergerak jauh ke dalam barang keperluan yang dibungkus longgar di bandingkan dengan yang dibungkus ketat. Sebelum menjadi pupa, larva akan membuat sel yang mengandungi cebisan makanan dan bahan-bahan buangan. Dalam keadaan biasa peringkat pupa mengambil masa lebih kurang 9 hari. Ia mengambil lebih kurang 25 hari dari peringkat telur sehingga dewasa.

Kumbang dewasa hidup selam 2-6 minggu dan tidak makan. Kumbang dewasa juga merupakan penerbang aktif, terutamanya pada waktu tengah hari dan petang di antara  5-10 malam.

Status Makhluk Perosak. Kumbang rokok merupakan makhluk perosak palng serius bagi barang keperluan simpanan yang bernilai tinggi seperti produk tembakau dan makanan yang diproses seperti serbuk koko. Lubang yang dikorek sepanjang produk dan sel-sel pupa yang terdapat di dalamnya merupakan bentuk kerosakan yang mudah di lihat. Ia juga makhluk perosak kecil keatas pelbagai barang keperluan termasuklah kek, minyak, oilseed, bijiran, produk bijiran, halia kering, rempah, buah-buahan kering, tepung sagu, dan sesetengah produk haiwan. Hanya larva yang makan

Pengawasan Populasi. Pengawasan  populasi kumbang rokok boleh dijalankan dengan mengunakan perangkap feromon.

Kumbang Bijian Pipih, Kumbang Bijian Merah-Karat (cryptolestes spp)
Kumbang biasa  dari spesies ini berciri pipih, panjang tirus dan secara umumnya  berukuran di antara 1.5-2.5 mm panajng dan berwarna coklat-merah. Sesungut biasanaya agak panjang, kadang hampir separuh panjang badan. Kepala dan protoraks sangat jelas dan merupakan separuh daripada ukuran badan. Kumbang dewasa berjalan dengan cirri gerakan bergoyang.

·        Sejarah hidup dan tabiat. bertelur sehingga 200 biji bagi setiap kumbang betina yang dihasilkan di atas atau dikalangan produk yang diserang. Kerosakn ringan disebabkan pengendalian akan memberi peluang kepada larva yang sangat kecil untuk memasuki bijian yang boleh membawa kepada serangan tanpa memerlukan sebarang kerosakan bijian oleh serangga lain. Dalam keadaan optima kitaran hidup ialah kira-kira 23 hari.

Kumbang-kumbang ini kadang-kadang tidak kelihatan di dalam stor disebabkan terlalu kecil dan boleh bersembunyi di dalam rekahan kecil dan di dalm kelim karung. Kumbang dewasa bersayap dan boleh terbang.

·        Status Makhluk Perosak. Kumbang bijian pipih ini merupakan makhluk perosak sekunder yang penting akan menyerang bijian, kacang, kek minyak, kurma, buah-buahan kering, dan lain-lain barang keperluan yang sering menyusuli serangan  oleh serangga-serangga lain seperti rama-rama dan kumbang belalai. Kedua-dua kumbang dewasa dan larva menyebabkan kerosakan kepada produk simpanan.

·        Pengawasan Populasi. Pengawasaan populasi kumbang tepung boleh dilakukan dengan mengunakan bahan perekat, karung rekahan, perangkap terbang dan sedutan. Perangkap feromon juga boleh digunakan.

Kumbang Bijian Bergigi-gergaji (Oryzaephilus surinamensis),
Kumbang Bijian Dagang (Oryzaephilus Mercator)
Kumbang dewasa kedua-dua spesies ini merupakan kumbang kurung berwarna coklat gelap berukuran kira-kira 3 mm panjang. Sesungut agak pendek dan berbentuk belantas protoraks mempunyai enam gigi seperti unjuran disetiap belah. Larva berwaran putih panjang tirus, agak leper dan lebih berkurang 4 – 5 mm. panajng apabila benar-benar matang.

Sejarah Hidup dan Tabiat: Telur dihasilkan berurai diats barang makanan dan sehingga 370 telur dihasilkan oleh setiap individu. Larva memakan di antara timbunan produk. Semasa menyerang bijian, larva memasuki saluran rosak dan pecah untuk memakan germa. Pada kelapa kering, larva cenderung memakan hampir dengan kulit luar. Kitaran hidup mengambil kira-kira 20 hari.

Kumbang dewasa bersayap tetapi jarang-jarang terbang. Mereka cenderung bergerak dari makanan kealam rekahan, saluran dan ruang bumbung membuatkan sukar untuk membasminya.

Kumbang Khapra (Trogoderma granarium)
Dipercayai bahawa kumbang kafra berasal dari India. Kumbang dewasa berbentuk bujur; beza saiz dari 2-3 mm, kumbang betina lebih besar dari jantan, berwarna coklat gelap berbelak-belak hitam. Permukaan dorsal dilitupi sedikit dengan bulu-bulu halus (specimen yang mati adalah tidak berbulu- menyebakan ia tidak bersinar).

Larva berbulu lebat, dan terdapat dua unjuran ke belakang seperti ekor. Apabila benar-benar matang , larva berukuran kira-kira 5 mm.

Sejarah Hidup dan Tabiat. larva kumbang kafra adalah makhluk perosak bijian. Bijiran dan kekacang sangat serius. Kumbang biasa walau pun mempunyai sayap, tidak boleh terbang dan tidak makan. Sebenarnya larvalah yang mendatangkan kebanyakan kerosakkan kepada barang-barang keperluan.

Tanpa makanan, larva diapaus boleh hidup sehingga 9 bulan. Dengan demikian untuk mengelakkan sepenuhnya serangan adalh sukar. Perlu diingat bahawa dalam keadaan ini, larva sangat tahan atau mempunyai tolenrasi yang tinggi terhadap racun serangga atau bahan pewasap. Pupa bisanya muncul di dalam kulit acuan terakhir. Ia mengambil lebih kurang satu bulan untuk menyempurnakan satu kitaran.

Pengawasan Populasi. Pengawasan populasi kumbang kafra dilakukan dengan mengunakan krevis , “pit-fall” perangkap krevis dan feromon.

Kumbang Kulit Hitam (Alphitobius Diaprinus)
Kumbang dewasa berwarna coklat-kemerah-kemerahan, 5.5-7 mm panjang dan agak lebar dengan sisi kurang selari. Bahagian abdomen larva yang ke-9 berakhir ke satu tempat yang jelas,iaitu bukannya sepasang urogomfi.

Sejarah Hidup dan Tabiat. kumbang kulat hitam akan memakan bijian, produk bijian dan makanan haiwan, terutamanya jika ia lembap dan bercendawan sedikit. Dalm keadaan penyimpanan yang baik ia merupakan makhluk perosak yang kurang penting. Kehadiranya mungkin menunjukan masalah lembapan dalam barang keperluan atau secara am kurang perhatian tentang pelupusan sisa bijian yang lembap (sanitasi). Keadaan lebih serius bagi sampah dalaman di lading ayam itik di mana ia mungkin merebakkan kuman unggas (ayam) dan sesetengah pathogen manusia seperti Salmonella.

Pengawasan Populasi. Pengawasan populasi bagi kumbang tepung boleh dilakukan dengan bahan perekat, karung, kervis dan perangkap sedutan.

Kumbang Biji Kopi (Araecerus Fasciculatus)
Kumbang dewasa biji kopi agak besar dengan ukuran lebih kurang 3-5 mm panjang. Warna asasnya coklat gelap atau coklat-kelabu dan protoraks dan elytra mempunyai banyak tompok-tompok seta (bulu) berwarna cerah yang kelihatan berbelak-belak. Elytra agk lebih pendek daripada abdomen, biasanya satu segmen abdomen terdedah. Tiga bahagian hujung sesungut adalah lebih panjang daripada lain-lain bahagian.

Sejarah Hidup dan Tabiat. pada biji-biji kopi yang disimpan, setiap kumbang betina menghasilakn 50 telur, dan kitaran hidupnya mengambil lebih kurang 45-60hari dalam iklim panas. Kumbang dewasa mugkin hidup lebih daripada 17 minggu. Kumbang dewasa merupakan penerbangan yang aktif.

Status Makhluk Perosak. Merupakan makhluk perosak kopi yang disimpan yang diketahui umum. Walau bagaimanapun ia juga menyerang koko dan buah pala. Juga akan menyerang jagung dalam stor. Kumbang biji kopi juga dikatakan menyerang kacang tanah, ubi kayu, kacang brazil berbagai oilseed dan kek minyak, rempah dan akar, makanan yang diproses dan banyak lagi produk simpanan. Pada kopi, ia boleh menyerang biji-biji kopi yang masih berada di lading.

Pengawasapan Populasi. Pengawasapan populasi  kumbang biji kopi boleh dilakukan dengan mengunakan bahan perekat, karung, kervis, perangkap terbang dan sebutan. Perangkap feromon boleh digunakan, jika ada.

Kumbang Cairan Jagung(Carpophilus spp)
Kumbang dewasa berbentuk ovat pipih sehingga bujur dan berukuran 2-5 mm panjang. Kumbang ini yang terdapat pada produk simpanan, mempunyai elytra pendek yang menyebabkan dua atau tiga segmen abdomenya terdedah. Kumbang ini berwarna coklat muda ke hitam, banyak spesies mempunyai waran-warna kuningatau merah pada elytra

Sejarah Hidup dan Tabiat. Dalam keadaan yang baik telur akan menetas di antara 2-3 hari . larva  memakan produk simpanan dan mana-mana bijian di mana adanya kulapuk dan hidup selam 6-14 hari. Pupa terbentuk didalam barang keperluan atau di atas permukaan karung dan wujud  selam 5-11 hari. Kumbang dewasa merupaka penerbangan yang aktif dan boleh terbang hingga 3 km. kumbnag dewasa boleh hidup lebih kurang 3 bulan.

Barang keperluan yang rosak secara luaran atau dalaman. Kumbang cairan jagung boleh menjadi vector kepada berbagai-bagai kulat dan bacteria pembusukan, dalam penyimpanan dan di lading. Serangga ini mungkin akan diproses bersama-sama barang keperluan seperti buah-buahan tin, atau buah-buahan kering yang menyebabkan produk yang tercemar ini ditolak.

Pengawasan Populasi. Penapisan produk dan perangkap lekit.

Kumbang Kelapa Kering, kumbang Ham Kaki Merah (Necrobia rufipes)

Kumbang kelapa kering berwarna hijau  berkilat atau hijau kebiru-biruan dengan bawah sesungut dan kakinya berwaran merah. Berukuran lebih kurang 4-5 mm panjang

Sejarah Hidup dan Tabiat. Larva dan kumbang kelapa kering dewasa membiak dengan baik di atas kelapa kering yang berkulapuk. Kulapuk tidak mempunyai kesan secara lansung kepada kumbang ini tetapi kedua-dua larva dan dewasa menjadikan serangga kulat  yang tertarik kepada makanan kulapuk sebagai mangsanya. Kumbang kelapa kering nampaknya lebih menggemari pemakanan campuran. Kumbang dewasa merupakan penerbangan aktif dan mengigit manusia.

Status Makhluk Perosak. Kumbang kelapa kelapa kering diketahui umum sebagai makhluk perosak kelapa kering, memakan kelapa kering serta lain-lain serangga yang ada. Ia juga hidup pada isipalma, oilseed, rempah, tulang, ikan kering dan pelbagai produk daging.

Pengawasan Populasi. Dilaporkan bahawa kumbang kelapa kering tertarik kepada asid stearik dan palmatik yang dihasilkan oleh kelapa kering reput.

Rama-Rama Angoumois (sitrotoga cerealella)
Sayap depan berwarna coklat kuning tanah pudar (kuning pucat) dan sering mempunyai tompok hitam kecil pada separuh distal, mempunyai bidang 10-18 mm. sayap belakang dengan jumbai bulu yang panjang dan runcing tajam di hujung.

Sejarah Hidup dan Tabiat. telur di hasilkan satu-satu atau dalam bentuk gumpalan diatas bijian. Setelah menetas larva mengorek ke dalam bijian. Larva melengkapkan keseluruhan perkembangannya dalam satu biji benih. Tanda serangan pertama yamg kelihatan ialah satu tingkap bulat kecil yang dibuat sebelum peringkat pupa. Kumbang dewasa baru yang muncul menolak keluar melalui tingkap pada selaput biji benih dan meningalkan lubang kecil berbentuk bulat. Kitaran hidup lengkap boleh mengambil selama 25 hingga28 hari.

Pengawasan Populasi. Kumbang dewasa boleh diperangkap dengan menggunakan perangkap lekit berumpankan feromon betina tiruan. Serangan keatas bijian pukal terhad kepada lapisan paling luar yang terdedah. Serangan serius boleh juga berlaku di dalam timbunan karung.

Status Makhluk Perosak. Rama-rama ini merupakan makhluk perosak primer bijian bijirin yang sangat penting di kawasan tropika dan kebanyakannya  kawasan panas. Bijian bijiran, termasuklah padi, sering diserang dibendang sebelum tuaian, brgitu juga semasa dalm penyimpanan, rama-rama dewasa merupakan penerbangan yang kuat dan serangan-rengtas boleh berlaku dengan mudah.

Rama-rama Beras(Corcyra cephalonica)

Sayap depan rama-rama dewasa berwarna kuning pucat pudar yang sama rata, tanpa bintik-bintik tetapi urat-uratnya agak gelap. Rama-rama betina mempunyai peraba labial yang lurus manakala rama-rama jantan mempunyai peraba labial yang kecil atau tiada lansung. Larva secara umumnay berwarna putih pucat kecuali kapsul kepala dan tergait protoraksnya berwarna coklat.

Sejarah Hidup dan Tabiat. bertelur di atas makanan. Sarang yang dibentuk oleh larva sangat mudah untuk dikenalpasti. Dalam kes serangan yang hebat makanan digumpalkan rapat dengan webbing , kokun, fras, dan kumuhan. Kerugian dalam komuditi makanan adalah lebih besar melalui cara ini berbanding dengan kerugian melalui pemakanan larva. Pupa boleh terdapat di dalam barang keperluan, stuktur stor atau pada karung. Masa dari peringkat telur sehingga  kemunculan dewasa ialah lebih kurang satu bulan.

Rama-rama dewasa dewasa merupakan nocturnal yang aktif pada waktu senja.

Pengawasan Populasi.  Pengawasan Populasi rama-rama dewasa dilakukan dengan menggunakan peranggkap lekit, ringan atau feromon. Larva boleh ditangkap mengunakan karung perangkap.

Rama-rama Gudang Tropika (Ephestia Cautella)

Dewasa
saiz
15 – 20 mm (rentang bukaan sayap)
Warna
Kelabu, sayap depan coklat kekelabuan dengan corak yang samar-samar
Larva
Saiz
5 – 20 mm
Warna
Putih, kadangkala sedikit merah jambu atau kekelabuan.
Pengecaman
Seta (bulu) yang tumbuh pada tompok-tompok berpigmen coklat gelap

Pengawasan Populasi. Pengawasan populasi rama-ram ini dilakukan dengan mengunakan perangkap feromon.

Sejarah Hidup:

Julat suhu:                              10 – 33ºC
Suhu optimum:                        30*C
Julat kelembapan:                   min hampir 0%
Kelembapan relative optimum: 40 – 75%
Bertelur:                                 200 – 500 setiap betina
Kitaran hidup:                         30 hari dalam keadaan optimum

Kerosakan :  Larva hadir sebagai makhluk perosak primer dalam pelbagai jenis barangan keperluan terutamanya tepung bijiran dan produk yang dikilang, dan juga dalam bijian sebiji-biji, memakan terutamanya geram. Webbing dan fras yang terhasil dalam produk yang diserang merupakan factor penganggu

Rama-rama makanan India (plodia interpunctella)
Rama-rama dewasa berukuran lebih kurang 14-20 mm (rentang sayap), pangkal ketiga sayap depan berwaran krim , bahagian lain sayap berwarna tembaga dengan bintik-bintik kelabu. Larva berukuran sehingga 17 mm panjang. Warana larva ialah kuning-putih, kadang-kadang kemerah-merahan atau kehijau-hijauan. Telur mengambil masa lebih kurang 27 hari untuk menjadi dewasa.
Sejarah Hidup dan Tabiat. Larva adalah makhluk perosak primer bijian bijiran dan tepung, kacang tanah dan buah-buahan kering. Webbing dan fras dihasilkan di didam barang keperluan yang diserang

Pengawasan Populasi. Pengawasan populasi rama-rama makananIndia ialah melalui perangkap feromon.

LANGKAH-LANGKAH KAWALAN
Ø      Kawalan makhluk perosak menggunakan racun serangga.Langkah kuratif yang paling penting dalam kawalan makhluk perosak produk simpanan ialah menggunakan bahan kimia. Jenis bahan kimia yang digunakan untuk mengawal serangga dalam industri bijian bijiran dan industri memprosesan bijian tergolong dalam dua kelas: racun serangga sentuh dan bahan pewasapan. Racun serangga sentuh membunuh serangga yang menyentuh permukaan atau ruang udara yang dirawat. Bahn ini biasa digunakan terhadap serangga-serangga yang merayap atau terbang dalam runag terbuka atau permukaan struktur mesin pengangkat bijian, kilang tepung dan makanan dan gudang. Sesetelah racun serangga mempunyai ketoksian rendah terhadap mamalia boleh dicampurkan dengan bijian yang disimpan untuk melindungi daripada serangga makhluk perosak atau mengawal serangan yang sedia ada.

Ø      Mengawal Makhluk Perosak Barangan Simpanan Menggunakan Bahan Pewasapan. Sebab utama dalam memnggunakan bahan pewasapan ialah kemampuannya mengawal serangga dewasa, pupa larvadan telur di dalam barangan simpanan. Jika digunakan dengan betul bahan pewasapan memang berkesan. Molekul-molekul gas yang kecil boleh menembusi dengan mudah timbunan besar bijian terus.kedalam setiap bijian, sampai kepada dan membunuh semua peringkat perkembangan makhluk perosak.

Terdapat dua bahan pewasapan utama yang digunakan dalam kawalan makhluk perosak produk simpanan. Dua bahan ini ialah fosin dan metal bromide (gas ini tidak lagi disyorkan penggunaannya kerana ia memusnahkan lapisan ozon).

Kerosakan :  Larva hadir sebagai makhluk perosak primer dalam pelbagai jenis barangan keperluan terutamanya tepung bijiran dan produk yang dikilang, dan juga dalam bijian sebiji-biji, memakan terutamanya geram. Webbing dan fras yang terhasil dalam produk yang diserang merupakan factor penganggu.

Rama-rama makanan India (plodia interpunctella)
Rama-rama dewasa berukuran lebih kurang 14-20 mm (rentang sayap), pangkal ketiga sayap depan berwaran krim , bahagian lain sayap berwarna tembaga dengan bintik-bintik kelabu. Larva berukuran sehingga 17 mm panjang. Warana larva ialah kuning-putih, kadang-kadang kemerah-merahan atau kehijau-hijauan. Telur mengambil masa lebih kurang 27 hari untuk menjadi dewasa.
Sejarah Hidup dan Tabiat. Larva adalah makhluk perosak primer bijian bijiran dan tepung, kacang tanah dan buah-buahan kering. Webbing dan fras dihasilkan di didam barang keperluan yang diserang

Pengawasan Populasi. Pengawasan populasi rama-rama makananIndia ialah melalui perangkap feromon.

LANGKAH-LANGKAH KAWALAN
Ø      Kawalan makhluk perosak menggunakan racun serangga.Langkah kuratif yang paling penting dalam kawalan makhluk perosak produk simpanan ialah menggunakan bahan kimia. Jenis bahan kimia yang digunakan untuk mengawal serangga dalam industri bijian bijiran dan industri memprosesan bijian tergolong dalam dua kelas: racun serangga sentuh dan bahan pewasapan. Racun serangga sentuh membunuh serangga yang menyentuh permukaan atau ruang udara yang dirawat. Bahn ini biasa digunakan terhadap serangga-serangga yang merayap atau terbang dalam runag terbuka atau permukaan struktur mesin pengangkat bijian, kilang tepung dan makanan dan gudang. Sesetelah racun serangga mempunyai ketoksian rendah terhadap mamalia boleh dicampurkan dengan bijian yang disimpan untuk melindungi daripada serangga makhluk perosak atau mengawal serangan yang sedia ada.

Ø      Mengawal Makhluk Perosak Barangan Simpanan Menggunakan Bahan Pewasapan. Sebab utama dalam memnggunakan bahan pewasapan ialah kemampuannya mengawal serangga dewasa, pupa larvadan telur di dalam barangan simpanan. Jika digunakan dengan betul bahan pewasapan memang berkesan. Molekul-molekul gas yang kecil boleh menembusi dengan mudah timbunan besar bijian terus.kedalam setiap bijian, sampai kepada dan membunuh semua peringkat perkembangan makhluk perosak.

Terdapat dua bahan pewasapan utama yang digunakan dalam kawalan makhluk perosak produk simpanan. Dua bahan ini ialah fosin dan metal bromide (gas ini tidak lagi disyorkan penggunaannya kerana ia memusnahkan lapisan ozon).

No comments:

Post a Comment